Lelaki ‘mat saleh’ kongsi cara buka lolipop dengan mudah, tak perlu susah payah nak gigit balutan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki ‘mat saleh’ kongsi cara buka lolipop dengan mudah, tak perlu susah payah nak gigit balutan. Lolipop adalah antara sejenis manisan gula-gula keras yang sangat digemari khususnya pada golongan kanak-kanak.

Bukan sahaja popular dalam kalangan kanak-kanak, ia juga disukai oleh orang dewasa yang mahukan manisan pelbagai perisa tersebut.

Anda pasti pernah ada pengalaman makan gula-gula lolipop yang mempunyai pelbagai perisa sewaktu kecil kan?

Namun ada satu hal yang membuatkan lolipop ni menjadi tidak ‘best’, iaitu sewaktu untuk membuka balutan plastiknya.

Ramai yang bersusah payah untuk membuka plastik lolipop ini dan terkadang ada yang sampai menggunakan pisau untuk membukanya.

Lelaki 'mat saleh' kongsi cara buka lolipop dengan mudah, tak perlu susah payah nak gigit balutan

Justeru pada hari ini, SK akan berkongsikan cara mudah untuk membuka balutan plastik gula-gula lolipop tersebut.

Tips membuka balutan plastik lolipop itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @jordan_the_stallion8.

Menerusi perkongsian lelaki tersebut, dia telah menunjukkan cara mudah dan pantas untuk membuka balutan plastik gula-gula tersebut.

Menurutnya, ramai yang membuat kesilapan sewaktu membuka balutan itu dengan menggunakan kuku dan mencabutnya dengan susah payah.

Ia boleh menyebabkan jari dan kuku anda sakit dalam melakukan proses tersebut. Sebaliknya terdapat cara mudah untuk membuka balutan plastik tersebut.

Kebanyakan produk lolipop akan memiliki balutan padat di bahagian bawah batang gula-gula tersebut.
Cara yang paling mudah untuk membuka balutan plastik itu adalah dengan memegang bahagian atas balutan lolipop tersebut dan pusingkan ia ke arah berlawanan balutan berkenaan.

@jordan_the_stallion8 #stitch with @knowledgesaurus #fypシ ♬ original sound – Jordan_The_Stallion8

Jika anda teruskan memusing balutan plastik tadi, lama-kelamaan ia akan terbuka dengan sendirinya.

Menerusi perkongsian itu lagi, lelaki berkenaan turut menunjukkan cara tersebut kepada beberapa jenis lolipop bagi membuktikan bahawa cara membukanya boleh terpakai untuk lolipop yang berlainan jenama.

Menurutnya, lolipop keluaran jenama Chupa Chups yang cukup dikenali dengan balutan yang kemas juga boleh menggunakan cara tersebut.

Di akhir video, lelaki tersebut turut meminta orang ramai untuk mencuba teknik mudah tersebut.

BACA:
Gadis alami penyakit misteri lepas picit jerawat yang timbul di hidung
Wanita tak sangka sayur yang digunakan dalam mi sup yang dimakan rupanya ganja, 2 hari berturut pesan benda sama
Anak saudara tak tau malu, bawa satu keluarga datang rumah perhambakan ‘owner’

Leave a Comment