Lelaki menyamar jadi peguam menang sebanyak 26 kes, guna nama orang lain untuk daftar keahlian

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki menyamar jadi peguam menang sebanyak 26 kes, guna nama orang lain untuk daftar keahlian.

Seorang lelaki di Kenya yang menyamar menjadi seorang peguam telah ditahan. Sebelum beliau ditangkap, Brian Mwenda dengan jayanya memenangi 26 kes pembelaan di mahkamah rayuan serta mahkamah tinggi.

Kesemua rahsia Mwenda terbongkar hanya selepas pihak polis menerima beberapa aduan dari orang ramai. Perkara ini telah membawa kepada penahanannya baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, pihak kehakiman di Kenya tidak langsung mencurigai keupayaan Mwenda sebagai ‘peguam’ sehingga penahanannya. Ini dibuktikan dengan kejayaannya membela anak guam dalam satu tempoh yang lama.

Memetik laporan Harian Metro, Persatuan Undang-Undang Kenya berkata, Mwenda mengakses portal persatuan itu secara haram dan mengubah maklumat dan juga memuat naik fotonya kepada sebuah akaun yang mempunyai nama sama sepertinya. Pihak persatuan percaya, Mwenda melakukan ini untuk mendaftarkan dirinya secara ‘sah’ bagi menjalankan kerja urusan pembelaan yang melibatkan seorang peguam.

Pihak persatuan juga telah melakukan mesyuarat tergempar dan mendapati Mwenda telah mencuri identiti peguam lain dengan nama yang sama dengannya iaitu Brian Mwenda Ntwiga.

Lelaki menyamar jadi peguam menang sebanyak 26 kes, guna nama orang lain untuk daftar keahlian

Mereka memberitahu bahawa selepas mesyuarat tergempar, persatuan mendapati yang Mwenda mencuri identiti seorang peguam yang mempunyai nama sama dengannya iaitu Brian Mwenda Ntwiga.

Brian Mwenda Ntwiga berdaftar dengan Badan Peguam pada 5 Ogos 2022, dan emel sebenarnya digunakan untuk mendaftar keahlian dalam portal peguam bela. Ntwiga bagaimanapun memberitahu beliau tidak pernah memohon Sijil Amalan Guaman ketika itu kerana berkhidmat di Pejabat Peguam Negara.

Namun, pada September 2023, apabila Ntwiga mahu mengaktifkan profilnya dalam portal itu bagi memohon Sijil Amalan Guaman, ketika itulah beliau tidak boleh lagi mengakses portal itu.

Pasukan Tindakan Pantas Persatuan Undang-Undang Kenya cawangan Nairobi telah menahan lelaki yang menyamar sebagai peguam itu dengn tuduhan pemalsuan identiti.

BACA:
Lelaki cerita kenangan lama, pernah berborak dengan Arwah Mona Fendi sebelum ditangkap polis kes kerat 18
Tak sangka disebalik kejayaan Mr. Bean sebenarnya ada kisah sedih yang mungkin ramai tak tahu
Lelaki terpaksa mendapatkan rawatan doktor selepas kemaluan tegang selama 3 hari

Leave a Comment