TerasMalaysia

Lelaki minta pertolongan Lunar Society International beli sebidang tanah di bulan, hadiah untuk isteri bukti cinta

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki minta pertolongan Lunar Society International beli sebidang tanah di bulan, hadiah untuk isteri bukti cinta.

Seorang lelaki yang menetap di Barat India melakukan kejutan buat isterinya apabila menghadiahkan bulan sempena hari jadi wanita tersebut.

Bukti cinta sejati

Memetik laporan portal Wion News, lelaki yang dikenali sebagai Sanjay Mahato itu menunaikan janji yang dibuatnya sebelum ini dengan cara membeli sebidang tanah di bulan dengan harga sebanyak 10,000 rupee (RM562.59) dan menamakan tanah tersebut atas nama isterinya itu.

Difahamkan, Sanjay mendapat ‘inspirasi’ untuk membeli bulan tersebut selepas melihat kejayaan misi Chandrayaan-3, iaitu misi penerokaan bulan yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Angksa India.

Demi untuk merealisasikan impian isterinya itu, Sanjay mendapatkan pertolongan daripada Luna Society International.

Saya membeli satu ekar tanah di Bulan untuknya (isteri) dan saya telah menerima dokumen menyatakan tanah tersebut telah pun menjadi milik isteri saya.

Dalam pada itu, Sanjay mendedahkan bahawa bulan merupakan satu elemen penting dan sangat istimewa dalam kisah percintaannya dengan isteri.

Mereka akan duduk di taman hampir setiap malam sambil merenung ke arah bulan dan berkongsi segala detik romantis mereka bersama.

BACA:
“Aku baru sahaja ingin melelapkan mata, sebaik saja mata tertutup, aku dengar bunyi deringan, hello, Doktor Kamarul..”
Influencer dedah restoran terkenal guna bahan tidak halal dalam hidangan nasi ayam
Penjawat awam tidak lagi dibenarkan membawa masuk telefon jenis Iphone dan keluaran luar dalam pejabat

Leave a Comment