Lelaki pecah masuk rumah wanita ini, ambil jantung masak dengan kentang dan hidang dekat keluarga

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki pecah masuk rumah wanita ini, ambil jantung masak dengan kentang dan hidang dekat keluarga

Seorang lelaki bernama Lawrence Paul Anderson telah dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun setelah disabitkan bersalah dalam jenayah penyalahgunaan barang terlarang. Dalam prosiding seterusnya, mahkamah mengurangkan tempoh penjara menjadi 9 tahun. Kemudian, Lawrence menjalani hukuman lebih kurang 3 tahun sebelum dibebaskan lebih awal (Januari 2021).

Disangka akan berubah, tiada siapa menduga Lawrence akan melakukan jenayah lebih gila. Tidak lama selepas dibebaskan, dia telah memecah masuk ke rumah jirannya bernama Andrea Lynn Blankenship (44) dan melakukan penganiayaan serius. Tidak cukup menamatkan hayat Andrea yang juga ibu kepada 2 anak, Lawrence telah mengeluarkan jantung wanita terbabit dengan cara menyayat hati.

Selepas itu, organ berkenaan dibawa pergi ke rumah Mrs Pye (mak cik) dan Mr Leon Pye (pak cik) di seberang jalan, dimasak bersama kentang untuk dihidangkan kepada mereka secara paksa. Lebih mengejutkan, pelaku kemudiannya menamatkan pula hayat Leon Pye (67) serta kanak-kanak berusia 4 tahun, Kaeos Yates (cucu kepada Leon Pye). Hasil siasatan mendapati, Lawrence melakukan hal itu untuk membebaskan syaitan (kejahatan). Mrs Pye terselamat dari kejadian itu, namun mengalami buta di sebelah mata dan pekak telinga kiri.

Dari kiri : Andrea Lynn Blankenship, Kaeos Yates & Leon Pye

Saat dibicarakan, Lawrence mengaku bersalah, berkeras enggan diikat jamin, menangis teresak-esak dan berkali menyebut “Oh Tuhan”. Pada Rabu, 15 Mac 2023, penjenayah berusia 44 tahun itu akhirnya dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

“Kau tak sedih langsung! Tak payah keluarkan air mata palsu! Kami harap kau mereput luar & dalam. Kau bukan keluarga kami. Kami benci atas segala apa yang kau lakukan pada kami!”

Lokasi kejadian

Sumber

Baca : Pihak berkuasa Arab Saudi tahan 17,000 jemaah haji, menganjur haji palsu dan langgar peraturan

Leave a Comment