TerasMalaysia

Lelaki pernah terperangkap dalam gudang ketagih simen, siap bancuh dalam air dan campur dalam makanan selama 3 tahun

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki pernah terperangkap dalam gudang ketagih simen, siap bancuh dalam air dan campur dalam makanan selama 3 tahun.

Seorang lelaki di wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia mempunyai tabiat pelik kerana sering makan dan minum air simen ketika bekerja, lapor laman berita SindoNews hari ini.

Haris Daeng Ngalle yang merupakan penduduk daerah Pattallassang, akan mencampurkan simen ke dalam air minumannya untuk diminum.

Semasa bekerja, dia juga akan mencampurkan buah-buahan yang disediakan di tempat kerjanya dengan simen sebelum ia dimakan.

Haris melakukan tabiat pelik itu sejak tiga tahun lalu dan amalan itu tidak menyebabkan dia sakit atau mengalami masalah penghadaman.

Menurut Haris, kali pertama dia makan simen adalah ketika terperangkap di dalam gudang yang penuh dengan habuk dan simen.

Lelaki pernah terperangkap dalam gudang ketagih simen, siap bancuh dalam air dan campur dalam makanan selama 3 tahun

Sejak itu, Haris seronok menghidu habuk dan cuba makan simen di gudang.

“Rasa simen memang sedap, sampai sekarang saya ketagih,” kata Haris.

Sehingga kini, Haris masih sihat dan terus bekerja di sebuah kedai bahan binaan di Daerah Pattallassang, Kabupaten Takalar.

BACA:
Wanita dedah kerja sebagai pelayan restoran, diperalat majikan dan dibayar RM35 selama 12 jam
Penduduk terkejut jumpa kuali raksasa tengah-tengah padang ketika melakukan kerja penggalian
Tetamu majlis kahwin buat perangai, bagi duit lukisan bernilai RM40 ringgit masa salam kaut

Leave a Comment