Lelaki pun dah tak selamat, ramai perempuan komen lucah lepas muat naik video naik kuda dalam media

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki pun dah tak selamat, ramai perempuan komen lucah lepas muat naik video naik kuda dalam media

Pada zaman sekarang, bukan hanya wanita kaum lelaki juga tidak terkecuali daripada menerima komen lucah.

Seorang pengguna Twitter mengakui terkejut apabila melihat beberapa wanita meninggalkan komen lucah pada video seorang lelaki menunggang kuda.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat lelaki tersebut yang lengkap berpakaian ekuestrian sedang menggerakkan tubuhnya, pergerakan biasa apabila seseorang individu menunggang kuda.

Pakaiannya pula tidaklah mencolok mata pada, sesuai dengan aktiviti sukan yang dilakukannya.

Dalam video tersebut lelaki itu pula menunjukkan gerakan badan yang perlu dilakukan semasa menunggang kuda.

“Lelaki ni tunggang kuda. Komen pula penuh dengan wanita-wanita yang berlumba-lumba jadi b***h,” ciapnya ringkas.

https://twitter.com/ciraplaici/status/1670310662801702913?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1670310662801702913%7Ctwgr%5E7a7ddd7b4a3923ea610225590926a2b6d912f429%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fb.cari.com.my%2Fforum.php%3Fmod%3Dviewthreadtid%3D5184917

Melihatkan tangkap layar komen yang disertakan bersama ciapannya, tanpa segan silu kelompok wanita tersebut mengaku mereka adalah ‘kuda’ yang ditunggang lelaki terbabit.

Antara komentar yang ditinggalkan adalah ‘move kuda, its my turn’, ‘suddenly I’m a horse’, ‘hai, saya kuda’, ‘yang ni, nak atau tak terpaksa jadi crush aku’.

Menjengah media sosial lelaki tersebut, video yang dimuat naik menunjukkan lenggok tubuhnya yang lembut mengikut pergerakan kuda semasa menunggang.

Disebabkan komen-komen ‘nakal’ seperti itu, perkongsian pelayar Twitter ini mendapat perhatian warga maya.

Malah berlaku perdebatan antara lelaki dan wanita yang saling menyalahkan antara satu sama lain selepas seorang pelayar Twitter menyatakan penunggang kuda itu kononnya sengaja membuatkan pengikutnya berfikiran kotor.

“I think I’ve seen this video. The way he shot his video, his focus.. was giving something else,” katanya.

Susulan itu, beberapa pelayar lelaki menyatakan video berkenaan normal tetapi telah disalah anggap oleh wanita berfikiran lucah.

Sementara itu, beberapa warga maya menyelar kelompok wanita yang tanpa segan silu meninggalkan komen lucah.

“Hello to all lelaki di luar sana. Moga kita dijauhkan dengan wanita-wanita perangai gatal dan pervert sebegini. Takut sangat kalau dapat partner macam ni.

“Walaupun aku perempuan. Aku tak faham macam mana spesis perempuan gatal pervert macam ni boleh wujud.

“Ni nama dia betina… spesis terancam, selalu play victim dan memerlukan kos yang tinggi untuk dibela.

“Sexual harassment! Tak ada ke undang-undang yang boleh saman orang yang suka komen lucah macam ni,” ujar beberapa warga maya lagi.

Sumber

Baca : Kanak-kanak tanggung derita lepas kena gigit anjing, badan jadi kejang jika cuba minum air

Leave a Comment