TerasMalaysia

“Lelaki pun dah tak selamat!” – Remaja kena cabul dalam tandas masa tengah ikat tali kasut

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

“Lelaki pun dah tak selamat!” – Remaja kena cabul dalam tandas masa tengah ikat tali kasut

Baru-baru ini, satu berita tular di media sosial tentang seorang remaja lelaki dicabul di sebuah tandas pusat beli belah di Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kejadian itu berlaku semasa mangsa yang berusia 15 tahun sedang mengikat kasut dalam tandas.

“Tiba-tiba suspek yang turut berada di dalam tandas itu memeluk mangsa dari arah belakang dan meraba badannya selain memegang punggung dan mencium pipinya.

“Pengadu yang panik dan terkejut dengan tindakan suspek bertindak keluar dari tandas. Suspek mengikut dari arah belakang bertindak memegang kemaluan pengadu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Tambah Zam Halim lagi, pengadu telah berlari ke arah ibunya menyebabkan suspek melarikan diri.

Katanya, bertindak atas maklumat dan laporan mangsa, polis telah berjaya menangkap suspek dan menahan reman selama lima hari mulai hari ini.

kKs sedang disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta 792, Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap Kanak-kanak 2017.

Baca : Gara-gara jalan teruk dan rosak, jenazah warga emas dibawa ke kampung menggunakan motorsikal

Leave a Comment