Lelaki rakam pontianak bertenggek atas bumbung pangsapuri, ramai meremang tengok video

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki rakam pontianak bertenggek atas bumbung pangsapuri, ramai meremang tengok video

Baru-baru ini, beberapa keping gambar Pontianak atau Cik Ponti yang dilihat bertenggek dan berterbangan di satu kawasan perumahan tular di laman sosial.

Di dalam gambar tersebut, kelihatan jelas sosok seseorang atau ‘sesuatu’ yang berambut panjang dan berpakaian putih sedang duduk bertenggek di sebuah apartmen.

Menurut individu yang memuat naik gambar tersebut, kelibat Cik Ponti itu dirakam di sekitar kawasan Gelugor, Pulau Pinang.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ini merupakan ‘penampakan’ yang sama dengan apa yang dialami oleh seorang pegawai polis dua hari lepas.

“Depa nampak Cik Ponti depan-depan… Wallahualam, jangan terlalu percaya dan risau. Kita rileks sudah. Kita jangan kacau dia, dia tak kacau kita,” kata individu yang memuat naik gambar tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang rasa seram dan berdebar setelah melihat gambar-gambar tersebut.

“Ya, memang real. Rumah aku dengan perumahan kastam ni sebelah sebelah ja. Dulu, keliling tu semua hutan dan pokok pokok lama, tapi sekarang depa dok buat rumah baru kat situ.

“Kes ini dah berlarutan seminggu dua minggu dah, bukan baru lagi. Kawan mak aku yang duduk kastam bagitau memang real kes ni,” kata Heiza .

Namun ada juga yang skeptikal dan percaya gambar tersebut mungkin telah diedit.

“Hmm, bukan semudah itu ye nak ‘snap’ gambar hantu. Orang ramai mudah betul percaya benda-benda viral mcm ni. Sudah lah ada bayang-bayang pula Cik Ponti tu.

“Katanya zaman skrg kamera canggih belaka. Keluar gambar serupa pakai idiotphone juga,” kata Lana.

“Dari aku kecik sampai besar, aku tengok gambar post hantu ni mesti baju putih. Memang pakaian hantu warna putih je ke?

“Lagi satu, hantu ni buka kedai dobi ke, tak kotor sangat pakaian hantu Malaysia ni. Aku kerja pakai baju putih, sehari sekali nak basuh pun malas,” kata seorang lagi netizen.

Sumber

Baca : Berang tukar kedai makan ‘last minute’ , pasangan ini diserbu penguatkuasa pukul 4 pagi angkara makcik puaka

Leave a Comment