Lelaki sanggup tukar number plate sebab tak nak kena tangkap lepas langgar lari

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki sanggup tukar number plate sebab tak nak kena tangkap lepas langgar lari

Dalam undang-undang jalan raya, langgar lari ialah perbuatan menyebabkan perlanggaran lalu lintas dan tidak berhenti selepas itu. Ia dianggap sebagai jenayah tambahan dalam kebanyakan bidang kuasa.

Baru-baru ini, seorang suspek langgar lari membuat keputusan untuk menukar nombor plat kenderaan selepas membuang mangsa di tepi jalan raya di Bandaraya Depok, Indonesia.

Menerusi laporan CNN Indonesia, Ketua Polis Metro Depok Ahmad Fuady berkata Ery Riansyah Arifin berusia 26 tahun membuat penukaran nombor plat motor dan keretanya di bengkel rakannya.

“(Nombor plat diganti) di bengkel rakan suspek,” katanya kepada wartawan pada Sabtu.

Suspek difahamkan menukar nombor plat motosikalnya dengan kepunyaan rakannya.

Bukan sahaja menukar nombor plat kenderaan, suspek tersebut turut menggantikan sebahagian badan motosikal.

Hasil pemeriksaan menunjukkan suspek terbabit melakukan penggantian itu dengan alasan bahawa dia hanya mahu ‘memperbaiki’ motosikalnya.

“Lelaki itu membaiki motosikalnya, mengikut pengakuan suspek.

“Daripada hasil pemeriksaan dia pergi ke bengkel milik rakannya dengan alasan mahu membaikinya,” ujarnya.

Sementara itu, motosikal yang dipandu pelaku menjadi tular di media sosial selepas rakaman kamera litar tertutup (CCV) tersebar.

Dalam rakaman itu, suspek dilihat melanggar mangsa dan kemudian melarikan diri.

Susulan penyebaran rakaman CCTV itu, maklumat yang ditemui menunjukkan pemilik kenderaan itu bernama Icoh.

Kemudiannya, pihak polis menyiasat mengenai kenderaan itu dan pergi ke rumah Icoh.

“Ya, polis datang ke sini, saya rasa ada dua kereta,” katanya ketika ditemui di kediamannya pada Jumaat.

Menurut Icoh, dia sudah menjual motor tersebut kepada pihak ketiga dan ia dijual kira-kira 10 tahun lalu.

“Awalnya anak saya menjual motor itu pada 2013, kalau tak silap saya tak sempat nama pemilik ditukar, ia dijual semula,” katanya.

Suspek mengakui membuang mangsa di tepi jalan kerana panik dan keliru memikirkan mengenai kos untuk merawat mangsa.

“Disebabkan panik, pelaku bimbang dengan bayaran hospital nanti dan sebagainya (akhirnya menghapuskan mangsa),” kata Ahmad Fuady.

Berdasarkan hasil pemeriksaan polis, lelaki itu mengaku pada asalnya berniat mahu membawa mangsa ke hospital. Namun dia gagal melakukannya.

“Daripada hasil pemeriksaan, pelaku pada awalnya ingin membawa mangsa langgar lari ke hospital tetapi menukar niat kerana memikirkan kos rawatan.

“Oleh itu, dia bertindak untuk mencari lokasi menyembunyikan mangsa,” tambahnya.

Sumber

Baca : Cermin kereta wanita pecah secara tiba-tiba, garu kepala lepas tau punca

Leave a Comment