TerasMalaysia

Lelaki selamat dari malapetaka lepas muat naik gambar sotong yang bakal dijamah ke media sosial

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki selamat dari malapetaka lepas muat naik gambar sotong yang bakal dijamah ke media sosial.

Kadang kala ada baiknya juga sikap mereka yang suka memuat naik gambar makanan di media sosial. Setidaknya, yang berpengalaman atau yang berpengetahuan boleh memberi komentar terhadap makanan yang dimuatnaik sama ada bahaya atau tidak.

Baru-baru ini, seorang lelaki terselamat dari ‘malapetaka’ termakan sotong beracun.

Menurut laporan Astroawani, sotong berbahaya itu ditemui dalam hidangan yang hendak dinikmati seorang lelaki di sebuah restoran di China.

Namun, dia terselamat daripada bahaya lebih besar apabila memilih untuk menyiarkan gambar itu dalam talian sebelum menjamahnya dan bertanyakan maklumat tentang makanan laut berkenaan.

Foto itu menunjukkan beberapa ekor sotong kecil yang dihidangkan dalam bakul dipenuhi ais.
“Bolehkah saya memakannya? Saya menunggu jawapan anda. Agak ce mas,” itu kapsyen lelaki tersebut pada gambar di akaun Weibonya.

Lelaki selamat dari malapetaka lepas muat naik gambar sotong yang bakal dijamah ke media sosial

Gambar itu mendapat perhatian seorang blogger sains, Bo Wu Za Zhi.

“Ia adalah sotong leopard-striped atau blue-ringed. Kadar t0ksiknya sangat tinggi dan tidak akan dineutralkan apabila dipanaskan.

“Bukan perkara pelik, malah pernah berlaku, sotong jenis ini secara tidak sengaja bercampur dengan sotong biasa yang dijual di pasaran, walaupun kemungkinan ia berlaku sangat rendah,” katanya.

Selepas melihat jawapan penulis blog itu, beberapa pengguna Weibo menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan lelaki tersebut.

Nasib lelaki itu baik kerana sempat membaca penerangan tersebut dan sotong itu dipulangkan ke dapur restoran.

Dan dia pun terselamat dari memakan sotong berba,haya tersebut. Lihat betapa pentingnya ilmu, menghindarkan diri kita dari baha,ya yang diakibatkan kejahilan.

Sebagai info, sotong ini mempunyai t0ksin jenis neurot0ksin tetrodot0ksin yang menyebabkan kelum,puhan dalam masa hanya beberapa minit dengan menghentikan pengambilan oksigen oleh tubuh manusia.

Mngsa yang termakan atau disengat sotong ini boleh mengalami penda,rahan teruk, muntah, pening, masalah penglihatan dan sukar menelan.

Tiada ubat mahupun antiven0m untuk akibat daripada sotong ini. Yang boleh dilakukan hanya usaha memasukan tiub oksigen ke dalam peparu manusia.

Mujur juga lelaki itu memanfaatkan media sosialnya dengan bijak.

BACA:
Pekerja kedai nasi kandar terkenal hanya berseluar dalam di dapur premis, sempat senyum ketika dirakam pelanggan
“Jangan buat sesuatu benda sewenang-wenangnya” – Ustaz Don beri penjelasan tentang isu boikot yang tular
Pemilik tanggung rugi RM6,000 gara-gara penyewa tidak bertanggungjawab buat kotor dan cakna bayar sewa

Leave a Comment