TerasMalaysia

Lelaki siap ‘review’ lepas makan sosej kari babi, tersilap langkah setelah menjamu selera di kedai Pak Arab

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki siap ‘review’ lepas makan sosej kari babi, tersilap langkah setelah menjamu selera di kedai Pak Arab.

Pengambilan makanan yang halal dan toyyiban (bersih dan baik) adalah satu kewajipan dalam Islam. Namun, apabila berada di luar negara, terutamanya di negara Barat, mencari hidangan yang memenuhi piawaian Muslim boleh menjadi cabaran.

Dalam keadaan sedemikian, pelancong Muslim biasanya mencari restoran yang diuruskan oleh peniaga Timur Tengah, dengan anggapan bahawa kebanyakan dari mereka beragama Islam.

Namun, melalui satu perkongsian di Facebook, seorang lelaki yang dikenali sebagai Hafiz memberi amaran bahawa seseorang perlu berhati-hati ketika makan di restoran Arab atau Turkiye.

Baginya, ada sesetengah dari mereka yang bukan beragama Islam tetapi tetap melabelkan makanan yang dijual sebagai halal.

“Seorang hamba Allah menghubungi saya berkenaan makanan halal di Jerman. Saya juga mengajar bahasa Jerman.

Lelaki siap 'review' lepas makan sosej kari babi, tersilap langkah setelah menjamu selera di kedai Pak Arab

“Dia lupa untuk memeriksa satu perkara, di bawah logo halal itu ada tertulis ‘ask for your halal’, perlu meminta makanan halal. Di sinilah perangkapnya, banyak yang terjebak, terutamanya mereka yang tidak fasih berbahasa Jerman.

“Tidak mengapa, untuk abang itu, perkara itu hampir berlaku, bukan disengajakan. Dia memberitahu saya bahawa rasa hidangan Currywurst daging babi itu sedap dan lemak-lemak.

“Untuk yang lain, ambillah iktibar, jangan malu bertanya untuk mendapatkan kepastian. Ingatlah, malu bertanya sesat jalan,” katanya dalam kenyataannya.

Dalam ruangan komen, pengguna media sosial turut berpendapat bahawa perkara ini juga perlu diberikan perhatian ketika berurusan dengan restoran Arab di Malaysia.

BACA:
Lelaki menyamar jadi peguam menang sebanyak 26 kes, guna nama orang lain untuk daftar keahlian
Wanita Malaysia cerita detik bertemu bakal suami ketika ditemubual media Bangladesh, berjumpa dekat kedai makan
Kenapa setiap 7 tahun kad debit dan kredit perlu ditukar? Ini punca dan sebab yang ramai tak tahu

Leave a Comment