Lelaki temui ibu kandung lepas 28 tahun terpisah, ada kisah sedih disebalik kejadian yang berlaku

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki temui ibu kandung lepas 28 tahun terpisah, ada kisah sedih disebalik kejadian yang berlaku. Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok, seorang pemuda berkongsi momen indah apabila dia bertemu dengan ibu kandungnya yang terpisah selama 28 tahun selepas dia menularkan sebuah hantaran di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik, dapat dlihat pemilik akaun, Marwan Hariri, akhirnya berjumpa dengan ibunya yang berbaju merah di Thailand sebelum terus bertindak memeluk ibunya itu sambil menangis teresak-esak setelah lama mereka terpisah.

Difahamkan, kisah sedih anak dan ibu itu terjadi apabila ibu Marwan memilih untuk melahirkan adiknya di Thailand serta terus menetap di sana.

Oleh kerana rasa rindu yang tidak tertanggung, Marwan bertindak untuk menularkan perkara tersebut di akaun Facebook miliknya dengan harapan ada individu yang akan tampil menghubunginya.

Lelaki temui ibu kandung lepas 28 tahun terpisah, ada kisah sedih disebalik kejadian yang berlaku

Lebih mengejutkan apabila pencarian tersebut tidak mengambil masa yang lama, selepas tiga hari hantaran itu tular, seorang wanita bersama Natrah telah menghubungi Marwan untuk memberitahu lokasi keberadaan ibunya.

Terkejut dengan berita sedemikian, Marwan segera bergegas untuk ke lokasi tempat tinggal ibunya iaitu di Satun, Thailand.

“Rindu seorang ibu, siap tunggu tepi jalan” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan kisah yang dikongsikan oleh Marwan serta ada warganet yang berasa gembira melihat anak dan ibu itu kembali berjumpa

@marwanhariri13 video ori tanpa melodi lagu ☺️ .. kisah suka duka pertemuan pertama kali setelah 28 tahun xjumpa.. love my syurga😘😘😘.. #fypシ #malaysiathailand🇲🇾🇹🇭 #semuamilikAllah❤️ #emaksyurgaku #sekadarberkongsicerita #iniceritakami#ibusyurgaduniaakhirat #kasihayahtiadaganti ♬ original sound – Marwan Hariri🇲🇾🇹🇭

BACA:
Jangan buang roti yang tamat tempoh, terdapat 5 kegunaan yang boleh dipakai untuk elak pembaziran
Jijik dan sambil lewa! Pekerja tadika kantoi cuci pinggan budak dalam longkang
Dato’ Seri Vida kehilangan orang gaji, sanggup panjat pagar berdawai untuk bersama ‘pakwe’

Leave a Comment