TerasMalaysia

Lelaki terhenti niat membeli lepas tengok kata-kata mutiara dekat plastik sampah, setiap saiz ayat yang berbeza-beza

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki terhenti niat membeli lepas tengok kata-kata mutiara dekat plastik sampah, setiap saiz ayat yang berbeza-beza

Beg sampah, beg plastik sampah atau karung sampah adalah beg plastik pakai buang digunakan untuk mengisi sisa sampah pepejal ataupun sampah domestik. Beg ini berguna untuk melapisi bahagian dalam tong sampah untuk mengelakkan bahagian dalam bekas tidak dilapisi dengan bahan buangan. Kebanyakan beg hari ini terbuat dari bahan plastik, dan biasanya berwarna hitam.

Kebanyakan orang yang membeli bungkusan plastik sampah di pasar raya mahupun kedai runcit pasti akan hanya membaca saiz dan ketebalan plastik itu sahaja tanpa meneliti keterangan lain yang dipaparkan.

Namun, berbeza pula dengan seorang lelaki ini apabila dia bertindak meneliti setiap ‘tulisan’ dan keterangan yang tertera pada bungkusan plastik sampah yang ingin dibelinya di pasar raya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @burgerrabax, lelaki terbabit menemui kata-kata mutiara yang diletakkan pada setiap bungkusan plastik sampah itu.

Pada awalnya, kata-kata seperti nasihat pada pek bungkusan itu kedengaran agak biasa dan masuk akal untuk dipamerkan seperti ‘Ekonomi pembelian membawa maksima pulangnya’ dan ‘Saiz cukup sesuai untuk kediaman membersihkan segala bahan buangan’.

Kata-kata sebegitu juga pernah digunakan oleh syarikat lain pada bungkusan produk mereka untuk menarik minat pembeli.

Namun jenama plastik sampah yang satu ini sememangnya berbeza berbanding jenama lain apabila lelaki berkenaan menemui kata-kata mutiara pada bungkusan yang sememangnya tidak mempunyai kaitan dengan produk yang dijual.

“Pemikiran membawa perbuatan seseorang semua keputusan atas pendirian sendiri. Paling penting, hati sendiri dapat dilalui dengan ikhlas dan jujur.”

“Setiap insan menaruh harapan untuk mencari keuntungan yang lebih, paling penting rezeki yang diperolehi cukup bermakna buat seumur hidup kita,”

“Kedudukan seseorang dinilai oleh masyarakat lebih baik daripada penilaian sendiri. Penonjolan diri dan kerjaya lebih penting daripada menghebohkan hal orang lain.”

Begitulah kata-kata mutiara yang menyebabkan lelaki terbabit teruja serta terhibur. Malah dia juga mempersoalkan tujuan asalnya ke pasar raya berkenaan.

“Aku nak beli plastik sampah ke nak baca kata-kata semangat?” soalnya.

Memindai ruangan komen, rata-rata netizen juga terhibur melihat kata-kata mutiara yang tertera pada bungkusan plastik sampah itu.

Tidak hanya itu, mereka juga mengakui tidak pernah mengetahui tentang perkara itu sebelum ini.

Sumber

Baca : Bekas pekerja jadi kaya lepas majikan salah masuk duit sebanyak RM440,400, sempat alih RM15,000 ke akaun lain

Leave a Comment