Lelaki Terkejut Beli Nasi Lemak Tepi Jalan Lauk Biasa Je Tapi Kena Sampai RM40
Berlakunya kenaikan harga barang justeru memberikan impak sedikit sebanyak terhadap kalangan pembeli dan juga penjual.
Bagaimanapun, sebagai pembeli juga kita haruslah menilai harga sesuatu barangan itu berpatutan sebelum membelinya.
Baru-baru ini tular satu perkongsian seorang lelaki mengenai pengalamannya membeli dua bungkus nasi lemak di tepi jalan dengan harga RM40 telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok @han_aziz, dia mengatakan bungkusan pertama dikenakan caj RM18 iaitu lauk sambal sotong, ayam goreng, telur mata dan nasi tambah.
Manakala bungkusan kedua, dia mengambil lauk ayam goreng, sambal sotong, rendang daging dan nasi tambah pada harga RM22.
Difahamkan nasi lemak berkenaan dibeli dari gerai di sekitar Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, menerusi video lain, dia telah membeli nasi lemak dengan lauk yang sama di gerai lain tetapi mendapat harga yang lebih berpatutan.
Perkongsian video tersebut telah meraih pelbagai reaksi netizen mengenai harga nasi lemak itu. Ada yang beranggapan bahawa harga tersebut berpatutan dengan segala lauk yang diambilnya.
Namun, ada juga bersetuju dengan lelaki itu dan merasakan harga tersebut ‘cekik darah’ untuk nasi lemak tepi jalan.
Baca : Cara Senang Nak Bagi Semut Tak Naik Meja Tanpa Beli Ubat Bunuh Atau Lap Meja Makan