TerasMalaysia

Lelaki terkejut dapat tahu isteri ada 4 suami, kantoi lepas pergi pejabat agama buat semakan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki terkejut dapat tahu isteri ada 4 suami, kantoi lepas pergi pejabat agama buat semakan

Dahulu seorang peguam syarie, Tuan Shazril Khariy Mustafa mengejutkan ramai dengan pendedahan tentang seorang wanita yang memiliki 2 suami serentak. Kini, Puan Hasanah Johari yang sudah hampir 10 tahun dalam bidang sama tampil membongkarkan sebuah isu serupa namun dalam versi yang lebih ‘gila’.

Cerita peguam itu, suami keempat wanita itu hadir ke mahkamah bagi memfailkan faraq nikah (pembubaran perkahwinan) melalui kuasa mahkamah berdasarkan sebab tertentu.

Maklum lelaki itu, dia hanya mengetahui mengenai isterinya mempunyai suami lain setelah seminggu berkahwin.

Hakim tanya macam mana dia tahu. Dia jawab ia bermula selepas didatangi seorang lelaki yang memaklumkan bahawa isterinya merupakan isteri orang lain.

Terkejut dengan perkara itu, suami keempat membuat semakan di pejabat agama dan mendapati isterinya adalah isteri kepada lelaki yang datang berjumpa dengannya itu.

Difahamkan, wanita itu bernikah kali pertama pada tahun 2008 dan memfailkan fasakh namun kes dibuang kerana tidak hadir maka tiada perintah fasakh.

Kali kedua pula dia berkahwin di Thailand pada tahun 2013 dan kali ketiga pun dinikahi suaminya pada tahun 2017 dan tidak dinyatakan sebab mereka tidak lagi bersama.

Wanita itu berkahwin di luar negara dan tak ada rekod. Dia balik ke Malaysia selepas terpisah dengan suami dan dia menganggap perkahwinan itu terbubar sendiri.

Suami keempat wanita itu juga kelihatan tenang dan isterinya hanya berpeluk tubuh sebelum mengaku di hadapan hakim mengenai perbuatannya itu.

“Sebelum ini ada kes isteri ada dua suami, tapi ini empat suami. Memang seram kes ini berlaku di depan mata, saya hanya beristigfar” ujarnya lagi.

Sumber

Baca : Tipu status sebenar masa berkahwin, bekas mak nyah mohon maaf lepas cerai isteri

Leave a Comment