TerasMalaysia

Lelaki terkejut dengan perangai isteri lepas kahwin, muka cantik, tapi…

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki terkejut dengan perangai isteri lepas kahwin, muka cantik, tapi…

Selalu confession sini pasal bini tak puas hati dengan suamikan? Ini aku share cite suami yang kena scam dengan wife sendiri.

Sebelum korang kecam aku, aku dah tegur isteri, aku dah nasihat. Aku siap minta mak dia tolong nasihatkan perangai dia yang pada aku, aku tak boleh brain.

Bukan tak terima dia seadanya, tapi aku penat keja repeat benda yang sama.

Bini aku ni memang nampak kemas, tertib, cantik. Tapi dia kelemahan. Kelemahan dia pemalas. Sifat pemalas dia aku kenal betul bila dah kahwin.

Masa bercinta tak tau sifat pemalas dia ni, sebab apa yang dipaparkan depan aku, dia cantik, wangi, kemas bersih.

Tapi sebaliknya bila aku dah mula menghalalkan dia dengan akad nikah. Persepsi aku berubah.

Puas aku bersangka baik, oh dia letih balik kerja. Oh dia tak sempat buat itu semua sebab busy.

Tapi sebenarnya lebih kepada sifat dia, aku yang lelaki ni pun tak malas macam tu.

Contoh, lepas mandi towel biar jer kat lantai. Tak pernah nak sidai, balik kerja dicopotnya towel yang lembap kat lantai tu.

Aku geli. Kotor kot towel kat lantai, lembap plak tu. Tapi heran kulit dia takde kurap lak.

Pastu kalau dia minum air, cawan ke, gelas ke memang dia parking merata, kat kaki sofa, kat meja makan, kat kabinet tv, merata cawan dia parking, tapi tak boleh nak letak kat sinki. So aku lah tukang kutip.

Cotton pads untuk remove make up, bersepah kat dressing table, pelik tak pernah nak buang dalam tong sampah kecik yang aku letak kat kaki dia.

Pakaian dia, ada bakul pakaian kotor, dia tak pernah nak campak masuk dalam bakul tu. Tapi sidai kat kerusi, kat kepala katil, kat bucu katil. Aku lemas.

Baju dah pakai, dengan peluh semua tu silalah letak tempat sepatutnya. Aku juga yang kutip.

Tudung dia, pada aku dah pakai sekali basuh la. Dia akan pakai selagi boleh, waduh waduh!!!!! Tudung banyak kot!

Paling aku tak dapat terima, panty liner ke pad berdarah ke selalu cicir kat bilik air. Lemah betollah!!!!!! Ada yang aku jumpa dah kering darah tu, ya ampun!!!!

Puas dah aku ceramah, cakap elok-elok tapi tak jalan. Merajuk buat muka, kata kita tak sayang dia. Eh eh??? Sekali dua aku tahan la, dah berkali-kali muak juga.

So cerita dia, penatlah aku nak layan perangai pemalas macam ni. Sekali dua aku bolehlah tahan tapi everyday kalau nak hadap benda ni toksik tau dak.

Dah banyak perkara aku cuba tolerate. Sabar aku ada had juga.

Aku siap ajar dia, tunjuk step macam mana. Sampai pad berdarah dia aku ajar cuci bersih, balut dengan suratkhabar ke apa. Takkan benda ni aku kena settle kan untuk dia forever????

Aku ajak jumpa kaunselor ke, Psychiatrist ke. Pada aku ni dah wabak, penyakit. Aku nak hidup lama kot dengan dia. Kalau dia sendiri tak nak berubah macam mana??

Penatlah…

Muka cantik tapi pemalas nak urus diri sendiri. Aku letih.

Sekian.

Baca : Pramugari trauma kena ganggu dalam bilik hotel, dengar bunyi ‘benda’ bancuh air

Leave a Comment