Lelaki terkejut jumpa ‘barang’ dibalik pasu, dapat tahu sebab ada kucing mati berhampiran. LEMPAR batu sembunyi tangan!
Itulah ungkapan untuk menggambarkan tindakan pengecut mereka yang menggunakan santau atau sihir untuk menyakiti atau membuat orang lain derita.
Melalui satu perkongsian tular di Twitter, seorang lelaki terperanjat apabila menemukan sesuatu yang pelik, dipercayai berunsur mistik di halaman rumahnya.
Risau dengan sebarang kemungkinan tidak baik yang bakal menyusul, lelaki itu cuba meminta pendapat apa yang perlu dilakukan demi keselamatan diri dan keluarga.
“Macam mana ni ya korang? Aku dapat sejenis ‘hantaran’ tapi bukan untuk dikahwini. Aku tak tahu menahu sangat tentang hal ilmu hitam ni.
“Ayah aku jumpa kain kafan dilipat kecil-kecil. Apabila dibuka di dalam tu ada rambut. Ayah aku jumpa ni dekat celah pasu pokok,” katanya.
Menurut lelaki itu, penemuan tersebut berlaku selepas menerima ‘petunjuk’.
“Macam mana boleh terjumpa? Atau ada tergerak hati nak pergi check?,” tanya seorang warga maya.
Lelaki berkenaan menjawab: “Terjumpa bangkai anak kucing dekat tepi pasu, maybe ‘dia’ nak tunjuk.”
Bungkusan macam ni maksudnya ‘benda’ tu dah nak datang.
Seorang warga maya berkata, berdasarkan pemerhatiannya ia berkemungkinan sudah lama berada di situ.
Tumpang tanya gais, how to settle this eh? I tak power sangat bab blackmagic ni lisa blackpink i boleh layanla sikit sikit. My dad jumpa kain kafan lipat kecil kecil and dia buka dalam tu ada rambut diselitkan celah pasu dia. pic.twitter.com/7fpJERLwqw
— j (@haiqaljames) May 31, 2023
“Allah, dia (gumpalan rambut) dah kembang. Dah bertahun ni bos sebab dah sebati,” katanya.
Warga maya lain pula berkongsikan pengalaman mereka berdepan dengan situasi seperti itu yang pastinya menyeramkan.
“Berdasarkan pengalaman aku, kalau jumpa apa-apa jangan buka. Dapatkan nasihat ustaz dari Darussyifa’. Terus buang. Bungkusan macam ni maksudnya ‘benda’ tu dah nak datang.
“Sebab pernah kena dan satu keluarga diganggu perkara angker setelah dibuka bungkusan begini. Sampai sekarang memang tak boleh lupa.
“Patutnya jangan buka tapi dah tak sengaja buka kan, nak buat macam mana. Jadi baca ayat Kursi, ayat-ayat ruqyah, kemudian buang dalam sungai.
“Keluarga saya pernah kena. Ibu saya kena sihir. Panggil ustaz datang rumah dan ‘benda’ tu ada dekat belakang pokok mangga. Balutan kain kafan, dalam tu ada kuku, rambut orang tua, kapur barus dan paku,” kata warga maya.
Ada juga yang mencadangkan agar dibakar bahan-bahan sihir tersebut.
“Dinasihatkan untuk bakar. Aku pon pernah dapat, siap ada tanah kubur. Akhirnya kami pindah dari rumah tu sebab kakak aku jadi panas.
“Jangan dipegang tanpa alas atau lapik benda-benda macam ni. Aku punya dulu ada campur tulang, pasir serbuk kaca dan tanah yang dibakar sampai hitam.
“Aku bengap sangat pergi pegang. Seminggu lepas tu terus demam, buat test Covid-19 dan influenza semua negatif. Aku pergi berubat dengan ustaz.
“Memang muntah darah campur nanah, sakit sangat dada ni rasa,” beberapa warga maya berkongsi pengalaman hampir sama.