Lelaki terkejut jumpa mayat berikat dalam bilik stor, dapat tahu lepas jiran tegur ada bau busuk

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki terkejut jumpa mayat berikat dalam bilik stor, dapat tahu lepas jiran tegur ada bau busuk. Seorang individu mengadu terhidu bau busuk yang disangka bangkai haiwan, namun terkejut apabila menemui mayat dalam bilik stor rumah tersebut di Tumpat, Kelantan.

Kaki dan tangan diikat

Menurut laporan Buletin TV3, pemilik rumah yang masih di dalam proses ubah suai itu, Ho Wei Jiat, memeriksa sendiri rumahnya setelah menerima aduan dari salah seorang pekerja.

Katanya, bau busuk itu telah dihidu sejak semalam dan apabila diberitahu kali kedua oleh pekerjanya, Wei Jiat beranikan diri untuk menuju ke tingkat atas bilik stor.

Saya nampak kotoran berwarna coklat di lantai sebelum ternampak sepasang kaki manusia dengan keadaan kaki dan tangan terikat. Selain itu, ada juga kesan darah di lantai yang sudah dihurung lalat.

Lelaki terkejut jumpa mayat berikat dalam bilik stor, dapat tahu lepas jiran tegur ada bau busuk

Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu berada dalam lingkungan usia 40-an dan ditemui kira-kira jam 3:00 petang. Polis mengesahkan mangsa meninggal dunia tidak lebih daripada tiga hari berdasarkan keadaannya yang dijumpai ketika itu.

Difahamkan, Wei Jiat akan tetap meneruskan dengan proses ubah suai rumahnya, namun, tidak pasti akan menetap di situ atau tidak.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah memaklumkan bahawa mayat akan dibedah siasat di Hospital Tumpat untuk siasatan lanjut.

BACA:
Mengaku diri ibu masa ditangkap, lelaki hampir jadi keldai dadah lepas jumpa ‘kawan’ baru dalam pesawat
Suami kantoi langgan pelacur dekat rumah urut, isteri tengok perbualan whatsapp dalam telefon
Wanita tak sengaja rakam lembaga dalam wad icu, niat nak ‘update’ perkembangan dekat ibu

Leave a Comment