Lelaki terkejut penjual tarik tangan dan rampas duit paksa beli barang masa cuci mata di Madinah
Apabila kita menjejakkan kaki di tanah suci, selepas beribadah biasanya ramai yang berjalan di sekitar Mekah dan Madinah untuk membeli barangan sebagai tanda ingatan.
Baru-baru ini sebuah perkongsian oleh pengguna TikTok @fasrol44 mengingatkan agar sesiapa yang pergi ke Madinah untuk berhati-hati kerana terdapat peniaga di sana yang tidak jujur dan agak agresif.
“Hati-hati yang mana ada dekat Madinah tu, mesti ramai yang dah terkena. Jaga-jaga jalan depan kedai ni, main tarik-tarik orang paksa orang suruh beli pastu ambik duit dekat tangan orang.
Bila minta pulangkan balik taknak, bila minta pulangkan elok-elok taknak bila dah rakam baru tau nak gelisah,
Macam ni orang berniaga pun ada ke, tolong mintak sebarkan video ini biar sampai dekat pihak berwajib sebelum ramai lagi yang terkena,” tulisnya di kapsyen.
Difahamkan, individu berkenaan sedang lalu di hadapan kedai tersebut dan kemudian ditarik oleh peniaga tersebut, duitnya dirampas sedangkan barangan masih belum diberi.
Menjengah ke ruangan komen, rupanya ramai lagi yang pernah terkena dengan peniaga-peniaga sebegitu.
Baca : Peniaga ini guna cara ‘rare’ nak jual nasi lemak, sampaikan orang nak beli kena lock dulu