TerasMalaysia

Lelaki terkejut tengok kesan tapak kaki dan objek pelik lepas terjaga dari tidur dalam bilik hotel yang ditempah

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki terkejut tengok kesan tapak kaki dan objek pelik lepas terjaga dari tidur dalam bilik hotel yang ditempah

Seorang lelaki berkongsi di Facebook mengenai pengalamannya menginap di sebuah hotel di Sukhumvit, Bangkok, Thailand.

Thanawin Kahmsorn, 37, memuat naik gambar dan video bilik hotelnya di media sosial selepas menyedari ada sesuatu yang pelik berlaku selepas beberapa jam dia melelapkan mata.

Berdasarkan video, biliknya seperti hotel lain yang kelihatan bersih dan selesa. Namun kapsyen hantaran itu mendedahkan perkara sebaliknya yang berlaku.

“Saya daftar masuk ke hotel ini pada 11 Julai untuk berehat kerana keletihan dan perlu menghadapi rutin kerja keesokan harinya.

“Saya diberi bilik bernombor 510 di tingkat lima dengan bayaran 1,200 baht (RM157) untuk satu malam. Tak murah, tapi tak apalah.

“Tiada apa-apa yang perkara yang pelik berlaku semasa masuk ke bilik. Saya letih dan tertidur antara jam 9 hingga 10 malam. Kemudian terbangun pada jam 1.13 pagi kerana terdengar bunyi tapak kaki di dalam bilik. Diikuti dengan bunyi air mengalir dari bilik mandi.

“Saya ambil keputusan untuk menyalakan semua lampu dalam bilik dan memeriksa dari mana datangnya bunyi itu,” katanya.

Thanawin kemudian menunjukkan beberapa barangan dalam bilik yang katanya tidak menyedari keberadaan barang itu semasa memasuki bilik tersebut.

Satu artifak iaitu altar, yang kelihatan aneh di balkoni biliknya. Altar adalah objek yang kebiasaannya diletakkan di tingkat bawah bangunan atau di kawasan umum. Tetapi dalam kes ini, objek tersebut di letak di balkoni bilik hotel.

Penemuan yang seterusnya lebih mengejutkan iaitu kesan tapak kaki di dinding. Thanawin menjelaskan, kesan itu langsung tidak kelihatan semasa dia masuk ke bilik itu.

Selain itu, dia juga menemui syiling di kepala katil di dalam bilik. Menurut kepercayaan masyarakat Thai, syiling yang diletakkan oleh orang hidup di bawah tilam atau tepi katil adalah untuk membeli atau menyewa ruang daripada ‘pemiliknya’ yang tidak dapat dilihat oleh manusia.

Lebih menakutkan, Thanawin juga menemui perkataan ‘Kematian’ yang ditulis dengan dakwat merah di dinding.

Seram dengan penemuan itu, Thanawin segera menghubungi kakitangan hotel untuk bertukar ke bilik lain.

Permintaannya dibenarkan dan dia berpindah ke bilik di tingkat dua. Tetapi hasratnya untuk melelapkan mata tidak kesampaian kerana insiden yang berlaku di bilik 510 masih menghantui fikirannya walaupun tiada apa-apa pelik yang berlaku sepanjang malam itu.

Media Thailand kemudian menembual Thanawin untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai dakwaannya.

Thanawin menjelaskan, dia diberikan bilik itu pada saat-saat akhir di mana bilik tersebut merupakan bilik terakhir yang masih kosong. Dia juga mengesahkan bahawa dia menukar bilik selepas bilik di tingkat dua dikosongkan oleh tetamu yang kebetulan mendaftar keluar lebih awal.

Thanawin kemudian menceritakan kejadian yang menimpanya dengan kakitangan hotel. Jelas kakitangan berkenaan, pihak hotel tidak mempunyai ruang kosong untuk membina kuil dan mereka terpaksa membinanya di balkoni.

Tetapi kakitangan itu menegaskan mereka tidak pernah melihat perkataan ‘Kematian’ dan tapak kaki di dalam bilik itu. Malah, bilik 510 itu tidak pernah diberikan kepada pelanggan dan sentiasa dikunci sepanjang masa.

Bilik tersebut diberikan kepada Thanawin oleh kakitangan bertugas pada malam itu yang tidak mengetahui mengenai status bilik 510.

Ekoran kejadian itu, pihak hotel berjanji untuk memulangkan semula wang Thanawin dan merayu agar dia tidak mendedahkan nama hotel kepada umum.

Meskipun Thanawin tidak mendedahkan nama hotel, netizen dapat mengenalpasti hotel tersebut berdasarkan beberapa gambar yang dikongsikan oleh Thanawin.

Sumber

Baca : Suami kerut dahi minum kopi buatan isteri, terkejut dapat tahu ada campuran peluntur pakaian dalamnya

Leave a Comment