Lelaki Terselamat Dari Runtuhan Gempa Selama 4 Hari Hanya Berbekalkan Air Kencing Sendiri

Lelaki Terselamat Dari Runtuhan Gempa Selama 4 Hari Hanya Berbekalkan Air Kencing Sendiri

Pasukan penyelamat Turkiye berjaya menarik keluar seorang remaja yang masih bernyawa dari runtuhan bangunan di selatan Gaziantep, selepas mangsa terperangkap 4 hari susulan gempa bumi melanda wilayah itu.

Ketika ditemukan, remaja lelaki itu yang berusia 17 tahun mengakui terpaksa minum air kencingnya untuk terus hidup.

Adnan Muhammet Korkut diselamatkan lewat Khamis dari runtuhan sebuah apartmen di daerah Sehitkamil di Gaziantep.

Berkongsi detik sukar itu, Adnan menambah dia terperangkap di tingkat bawah tanah sebuah bangunan tetapi mempunyai ruang untuk bergerak.

Dalam pada itu, Adnan meluahkan kesyukuran kerana pasukan SAR menemuinya walaupun mengakui sedikit cemas apabila mereka menggunakan jengkaut untuk mencari mangsa.

Bagaimanapun, pekerja kemu dian menghentikan penggalian selepas mendengar pergerakannya.

Sementara itu, salah seorang anggota SAR dikenali Yasemin mengakui sudah tidak tidur selama empat hari bagi menyelamatkan Adnan apabila memikirkan dia mempuyai anak seperti remaja berkenaan.

Setakat ini, dilaporkan kejadian itu telah meragut lebih 21,000 nyawa di Turkiya dan Syria.

Sumber

Baca : Kumpul Duit Syiling Dalam ‘Tongdrum’ Selama 5 Tahun, Ini Jumlahnya Selepas Dikira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *