Lelaki tertelan kunci kereta masa bermain dengannya, alami sesak nafas dan hampir maut

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lelaki tertelan kunci kereta masa bermain dengannya, alami sesak nafas dan hampir maut. Seorang lelaki Arab Saudi terpaksa menjalani pembedahan laparoskopi untuk membuka saluran pernafasannya selepas dia secara tidak sengaja tertelan kunci kereta semasa bermain dengan objek tersebut.

Pasukan perubatan di sebuah hospital di wilayah pesisiran pantai Al Qunfudah dipuji kerana berjaya menyelamatkan nyawa lelaki berkenaan dengan mengeluarkan kunci tersebut daripada saluran pernafasannya.

Bagaimanapun, masih tidak jelas bagaimana lelaki berusia 46 tahun itu boleh tertelan kunci kereta.

Namun menurut sumber berita tempatan mendakwa, mangsa sebelum itu sedang bermain dengan kunci keretanya dan secara tidak sengaja tertelan.

Lapor Gulf News, ketika lelaki itu datang ke hospital, dia terus ditempatkan di zon kecemasan selepas kakitangan menyedari dia mengalami kesukaran untuk bernafas.

Lelaki tertelan kunci kereta masa bermain dengannya, alami sesak nafas dan hampir maut

Pemeriksaan x-ray mendapati, terdapat kunci kereta di saluran pernafasannya. Mangsa memaklumkan kepada doktor bahawa dia secara tidak sengaja tertelan kunci tersebut semasa bermain dengannya.

Doktor pada awalnya memutuskan untuk melakukan endoskopi bagi mengeluarkan kunci tersebut. Namun, disebabkan mangsa adalah pesakit jantung, prosedur itu menjadi rumit untuk dilakukan.

Setelah melalui pembedahan laparoskopi, kunci itu berjaya dikeluarkan dan lelaki berkenaan ditempatkan di wad untuk pemantauan selama beberapa hari bagi memastikan tiada sebarang komplikasi yang berlaku.

BACA:
Sudah 2 tahun kahwin tapi masih dara, wanita dedah suami tak lepas ‘masuk’ dan sering mimpi bersama orang lain
“Aku seorang doktor di kawasan terpencil, hanya kerana satu kes, klinik aku dipenuhi 30 orang lelaki dalam satu hari”
Peniaga pasrah ditipu pelanggan, tak nampak bayang lepas ‘order’ 720 set makanan untuk askar

Leave a Comment