“Lepas 10 tahun kami kahwin, dia hadiahkan aku kereta dan rumah baru, seronok aku, rupa-rupanya padah bakal menanti aku”

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

“Lepas 10 tahun kami kahwin, dia hadiahkan aku kereta dan rumah baru, seronok aku, rupa-rupanya padah bakal menanti aku”.

Selama 15 tahun kami berkahwin, kami dikurniakan dengan sepasang cahaya mata. Yang sulung 12 tahun dan yang paling bongsu 6 tahun. Ya, awal perkahwinan kami struggIe dengan kerjaya masing – masing dan kehidupan berumah tangga.

Adatlah kan? Mula kahwin tidur atas toto jer. Setahun berkahwin aku beli rumah sub sale setingkat yang berharga RM130k. Bonus untuk aku kerana dekat dengan tempat kerja, tak sampai 5 min dah sampai office. Alhamdulillah.

So bermulah kehidupan kami suami isteri dengan aman dan damai tanpa gangguan mana – mana pihak. Bahagia je rasa. Anak – anak memang aku uruskan kerana aku yang dekat, suami kerja ulang alik lebih kurang dalam 30 min ke tempat kerja.

Alhamdulillah bahagia aku rasa. Semuanya aku rasa perfect! Bersyukur sangat, alhamdulillah. Masuk tahun ke-10 perkahwinan. Kami diuji. Suami aku beli rumah semi D dua tingkat dan dia belikan aku kereta baru. Kata dia, kereta aku tu dah lama sangat.

Aku ni bangsa selagi barang tu tak rosak, aku tak tukar. Kereta aku jarang meragam sebab aku jaga baik kereta pertama aku tu. Dia hadiahkan aku kereta baru. Berbunga hati aku. Tapi padah yang menanti, aku terlepas pandang rupanya.

Saat ini dia mengatur langkah untuk berkahwin baru. Masa ni aku belum terhidu apa – apa. Kami berpindah ke rumah baru setahun selepas rumah tu siap dibina, renovate dengan kitchen cabinet, beli perabut rumah serba baru.

Mana taknya ko rasa laki ko sayang ko sorang aje kan? Bahagianya rasa. Jadi kami masuk pindah rumah baru ni bawa pakaian dan barang – barang penting aje. Rumah ni jauh sikit dari office aku. Tapi aku tak kisah sebab anak – anak dah besar senang nak handle.

Masa ni suami aku dah kene transfer ke daerah lain. Rumah lama aku tu suami yang uruskan cari penyewa. Siap buat sedikit renovation tambah awning, tukar perkakas elektrik macam kipas, cat baru dinding rumah tu. Macam sayang plak aku nak disewakan rumah tu sebab dah cantik.

Katanya dia sewakan kepada keluarga. Agreement tu aku tengok memang nama perempuan. Ntah dia m4tikan stem ke idok, aku tak tahu. Kekasih kan. Buat apa nak buat agreement. Aku lepaskan semua kat suami aku sebab aku percayakan sepenuh hati kat dia.

Tapi maIangnya, dia sewakan kat bakal madu aku rupanya. Patutlah beria nak uruskan. Perempuan yang tergamak berscandal dengan suami orang tu adalah rakan sekerja suami. Syabas!!! Macam mana aku tahu? Ai, jiran lama aku roger tanya yang dok rumah aku tu adik perempuan laki aku ke?

"Lepas 10 tahun kami kahwin, dia hadiahkan aku kereta dan rumah baru, seronok aku, rupa-rupanya padah bakal menanti aku"

Selalu pula suami datang hantar makanan, keluar masuk rumah tu, kadang – kadang jemput hantar balik kerja. Aku yang dengar ni rasa macam, ini dah lebih!!! Jiran ni kira kawan baik aku kan, dah lama kot duduk kat situ. Kawan tanam orkid la weh.

Siap share lagi rakaman cctv. Jiran aku bangsa cina tau. Laki aku memang jenis tak campur orang, tapi dia jangan lupa aku rajin bersosiaI dengan jiran – jiran. Terus aku punggah sana sini cari perjanjian sewa tu, nama pompuan keji tu aku terus cek dengan HR tempat laki aku kerja.

Memang sah, terbongkar semua rahsia tanpa perlu aku cek hp dia. Aku memang bangsa tak cek hp laki aku tu kononnya hormati privacy laki aku. Tapi pada aku benda ni dah tak relevan pun. Kita isteri ada hak nak cek hp laki sendiri.

Kalau tak berd0sa, kenapa nak sorokkan? Jadi aku upah staf laki aku, report aktiviti depa yang sakan bercinta tu. Aku dah ada bukti, next step aku ambil off day. Aku follow pasangan sejoli ni 3 kali. Setiap minggu aku ambil cuti sehari semata – mata nak follow pasangan kekasih ni. Aku pergi menyiasat.

Aku sewa kereta lain supaya pasangan kekasih yang sibuk memadu asmara ni tak perasan. Aku terfikir yang suami aku ni berani m4ti betul kasi scandal dia duduk kat rumah aku kan? Mungkin sebab dia percaya yang aku memang takkan syak dia.

Tergamak dia kata kat jiran yang adik perempuan dia duduk situ??? Eeuuwwww… kenapa b0doh sangat ek? Kot ye pun nak berscandal bijak la sikit. Agaknya duit tak cukup kot nak tampung demand scandal tu. Ntah ape – ape!

Meluatlah bila aku skodeng makan bersuap – suap bagai, duduk rapat – rapat. Menyampah!!! Layanan laki aku kat aku tetap superb, dia layan aku macam queen. Macam biasa. Tapi tu lah, aku plak rasa nak patah – patahkan tuIang dia.

Aku pun Iawan drama dia aku buat macam biasa. Step kedua aku cakap kat dia yang aku nak jual rumah lama aku, sebab ikutkan market value rumah tu boleh pergi sampai 300k. Macam yang aku jangkakan, dia menggelabah.

Seboleh – bolehnya dia tak sokong tindakan aku. Macam – macam la alasan dia. Pada hal sebenarnya perempuan yang ko bela duduk situ. Laki aku lupa aku tak b0doh, dia dah gamekan aku dengan betina tu, aku game dia balik.

Aku dah siap tempah bunting house for sale dan aku dah ik4t kat pagar rumah yang scandal dia duduk. Aku tunjuk gambar yang aku ambil petang tadi lepas balik kerja HOUSE FOR SALE!!!. Aku tak pergi ser4ng orang memb4bi buta, aku ada maru4h.

Aku buat cara profesional. Gi m4ti kau!!! Biru muka laki aku bila aku minta contact no tenant rumah tu (Aku ada ambil no betina tu kat agreement sewa tapi dia tak jawab call aku), aku declare yang aku boleh uruskan dengan tenant.

Lagipun agreement rumah sewa tu tak m4tikan setem, memang aku yakin perempuan tu duduk free jer rumah yang aku bayar loan setiap bulan dengan p0tongan gaji aku. K3jamnya kau azroyyyy!!!! Hp dia berdering jer setiap masa, aku cakap jawablah tenant rumah sewa kot yang call.

Then aku ajak dia pergi jumpa tenant minta dia kosongkan rumah tu, kalau tenant tak nak keluar, aku sebagai pemilik mutlak rumah tu akan buat repot polis. Kalau perlu guna tindakan mahkamah pun boleh, aku tak kisah.

Aku cakap je kat laki aku. Dia memang tak senang duduk! Aku bagitau laki aku, esok aku nak pi ziarah rumah lama aku. Puas hati aku, puas sangat!!!! Selama ni bila aku tidur, aku nangis dulu sebab per4ngai mangkuk tingkat ni, tapi malam tu aku tidur nyenyak je.

Jadi esok tu aku saje je cakap nak pergi rumah yang disewa tu kan. Aku cong jer!! Tiga hari kemudian, aku pakat dengan kawan pi tengok rumah masa perempuan tu baru balik keje dengan kata lain baru lepas hi tea ngan laki aku.

Tapi masa tu laki aku takde la kan. Dia call tanya aku kat mana, aku cakap laa bawa orang tengok rumah yang nak jual ni. Masa ni aku dah dapat masuk rumah, berani pompuan tu cakap NO tak kasi masuk. Baik terjah je orang macam ni, settle nyah.

Menggelupur laki aku datang. Dan diorang berlakon macam tak kenal satu sama lain. Aku minta pompuan tu keluar dari rumah tu dalam masa seminggu. Ko masuk rumah ni bawa pakaian je kan. Berambus je lah!!! (Ni aku cakap dalam hati).

Dia minta masa untuk cari rumah sewa lain, aku laju je jawab I ada bilik sewa untuk you. Merah padam muka budak hingusan tu. Laki aku diam ajelaaaa nak cakap lebih kang kantoikan??? Jadi bagai pucuk dicita ulam mendatang, aku menggedik – gedik ngan suami aku depan betina tu. Rasain sama kamu!!!

Budak tu blah dari rumah aku selepas 4 hari tarikh lawatan meng3jut ke rumah tu. Settle satu masalah, ke mana dia pergi? Pergi m4ti sama dia! Aku tak jual pun rumah tu, saje nak halau kepam tu. Benda yang lain aku buat adalah pi buat surpr1sed kat ofis laki aku ajak lunch sama.

Aku sanggup ambil offday. Cuti aku banyak sebab aku jarang cuti. Aku tak bagitau awal sebab aku tau dia akan buat alasan, ye la kan kekasih hati dia ada sana. Aku datang je. Aku standby kat parking kete laki aku, surpr1sed!!!

Memang nampak kening laki aku macam hilang sebeIah, hahahahah! Pompuan tu plak cover pi kat keta dia. Hempas pintu baik punya kuat! Patutnya aku yang hempas muka dia kat hood keta kan? Tau plak mereng bila yang halal ni peIuk suami dia kemudian ko pulak panas.

Dasar sy4it0nn!! Aku buat benda ni 4 kali. Saja suka tengok pasangan kekasih tu terkejal. Dan kadang – kadang aku bawa bekal pi ofis laki aku makan sama – sama. Panas!!!! Padan muka kau pompuan! Panjang je leher dia skodeng kita orang makan kat pantry.

Kemudian aku tegur dia, muka you macam familiar, macam pernah nampak kat mana ye? Terus dia berlalu pergi. Tacod kant0i la tu, kan pernah duduk rumah aku? Setelah aku pindah lebih kurang 6 bulan di rumah baru aku dah kena transfer kerja ke daerah lain, daerah sama dengan laki aku kerja.

Yahoooooo!!! Alhamdulillah, doa h4mba yang diani4ya dimakbulkan. Lagi sakan aku berhuhu kepit laki aku masa lunch. Pergi kerja pun sesama, senang!!! Spy aku masih report aktiviti gatal pasangan kekasih tu. Siap gambar lagi.

Aku yang jarang update media sosiaI ni, aku dah aktif. Aku tag je akaun laki aku. Macam dah budak tik tok lak aku rasa semua benda aku nak update aktiviti kami laki bini. Saje biar pompuan tu menggelupur. Bila dah kerja sama daerah ni memang aku tak lepas laki aku.

Jadi masa diorang nak berdua tu macam limited sangat. Tu yang buat budak tu mer0yan. Spy aku maklum, yang diorang ni dah start berg4duh kat ofis. Pompuan tu kerja mer0yan je dengan laki aku. Ada laa adegan pujuk memujuk.

One day, aku bagi laki aku day off dari kepitan aku. Masa tu aku memang sengaja ambil cuti kemudian aku bagitau laki aku nak balik kampung. Tapi aku tipo dia. Dengan maklumat yang spy aku share, aku pi kat tempat laki aku berkursus.

Tanjat boboy nampak aku dengan anak – anak berhuhu kat swimming pool hotel tu. Kah!!!! I win!!! Kejung muka betina tu. Tu aku takde pon sound tau kau pernah duduk rumah aku, pastu menggatal dengan laki aku. Laki aku ni pun sama gatal.

Padan muka plan korang nak menggatal tak menjadi!! Padan!!! Satu malam aku tanya laki aku, yang you nak tak kahwin lagi satu? Dia kata aku merepek. Masa tu aku tanya sungguh – sungguh. Aku nak kahwinkan dia. Aku tak nak laki aku berd0sa dengan aku berd0sa sama sebab benda – benda yang aku buat ni kan.

Walaupun dia tak tahu tapi kadang – kadang aku rasa berd0sa dok game kan laki aku ni. Laki aku berhati – hati jawab bila aku tanya. Aku pun tertanya – tanya dalam hati, apa yang aku buat ni dok kenakan dia ngan makwe tu dia tak tau cita ka apa?

Ke saja pura – pura tak tau sebab dia menduakan aku??? Aku dah fikir masak – masak, aku memang nak bagi laki aku kahwin lagi satu tapi bukan dengan scandal kepam dia tu. Walaupun laki aku bagi ayat yang manis – manis kata aku sorang je kat dalam hati dia.

Meluat weh dengar tapi aku dah berdamai dengan takdir, andai kata laki aku nak nikah yang lain biarlah calon yang ke-2 ni aku yang pilih. Aku izinkan tapi dengan term and conditions yang aku tetapkan. Dan aku tunjuklah gambar calon yang aku yang rekomen tu, sahabat aku sejak dari sekolah lagi bekerja sebagai guru yang telah kem4tian suami dan ada 3 anak yang masih kecik – kecik lagi.

Golongan ni yang patut dibantu bukan scandal kepam dia yang gatal nak m4ti tu. Terkedu laki aku. Aku serius dan bukan main – main. Kalau laki aku kata yes terus aku pi pinang. Hari – hari aku ratib kat laki aku. Kahwinlah dengan kawan I. Kahwinlah dengan kawan I.

Hari yang ke-15 terus aku buat pengakuan ekslusif kat laki aku yang dia dah kant0i dengan aku. Memang dia melopong, dengan ratap tangis aku mohon ampun maaf sebab dalam pada aku nak baIas d3ndam tu aku game laki aku sendiri.

Hati aku h4ncur bila kepercayaan yang aku beri, suami aku baIas dengan berscandal dengan si kepam tu. Baru graduate, dapat kerja pas tu dah pandai nak tackle laki orang. Carilah calon yang single mingle, bukan takde tapi hati tu pun niat tak betul.

Sanggup gadai maru4h demi nak hidup senang. Laki aku pon sama naik, terus tak ingat d0sa pahala. Terus laki aku menangis meraung, pon dengan ratap tangis berhingus bagai. Aku ‘mencur’ jer perasaan aku. R3muk hati aku bila laki aku buat per4ngai.

Tak tau nak cakap macam mana. Tapi aku ikhlas untuk nikahkan dia dengan sahabat aku, balu anak 3. Suami aku tolak. Tapi aku berkeras. Dari scandal tak tentu hala dengan si kepam tu baik dia nikah je ngan sahabat aku. Aku lebih rela madu aku yang ada maru4h daripada si kepam tu yang tak tahu malu.

6 bulan lepas tu laki aku nikah dengan sahabat aku. Puas aku pujuk, pujuk punya pujuk alhamdulillah suami aku terbuka hati terima. Niat aku selain bantu sahabat aku meneruskan kehidupan dengan anak – anak yang kecil ni adalah untuk menjauhkan suami aku dari si kepam busuk tu.

Aku tau aku tak sempurna, kalau tak masakan suami aku cari sayang yang lain, si kepam. Dak kepam tu resign lepas laki aku nikah baru. Jujurnya aku bahagia, dah hampir 4 tahun aku hidup bermadu. Wanita yang nama isteri takkan halang suami daripada nikah baru sekiranya kena dengan gaya dan caranya.

Macam kes aku ni aku tak terfikir langsung nak bercerai dengan suami aku bila dapat tahu dia ada scandal dengan dak kepam tu. Sebab layanan suami kat aku sangat baik. Cuma aku terkilan la bila dia ada scandal dengan kepam ni.

Sebab lain kami suami isteri sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain. Setiap perkara kami kongsi, tapi bila kepam ni wujud dalam jalan cerita kehidupan kami tu yang jadi tak sangka sebab dalam kasih sayang tu ada kecurangan yakni ianya amatlah meny4kitkan hati dan perasaan ini namun aku kembali kepada fitrah mengadu padaNya.

Aku berju4ng demi rumah tangga kami. Aku yakin jodoh kami masih panjang. Dan dengan kehadiran madu yang menyerikan kehidupan rumah tangga kami suami isteri, bertambah ahli keluarga kami hidup harmoni. Biasalah dalam kehidupan inikan lidah lagi tergigit inikan hubungan suami isteri.

Pesanan kepada ahli persatuan kepam yang suka menggangu rumah tangga orang, ingatlah kifarah itu ada. Janganlah kau s4kiti orang lain sekiranya hatimu tidak kental. Setiap perbuatan kita ada balasanNya. Buat baik dapat pahala, buat kepam berd0salah jawabnya.

BACA:
Syarikat jamu hampir bungkus gara-gara staf sendiri, songlap duit hasil jualan RM400,000 siap selingkuh dengan suami sendiri
“Saya tak faham dengan orang-orang macam ni” – Doktor terkilan dengan segelintir rakyat Malaysia yang tidak sensitif isu Palestin
Penumpang e-hailing buka cerita sedih tentang pemandu, rupanya lakukan 3 pekerjaan demi menampung keluarga

Leave a Comment