Lepas joli sakan guna kredit kad, seorang wanita sanggup mengemis di twitter minta bayar hutang kad yang dipakai
Cubaan seorang pengguna Twitter mengutip dana dengan alasan yang tidak masuk akal mengundang padah apabila dia dikecam teruk oleh netizen.
Individu di sebalik akaun ‘Dark Side’ (DS) itu terdahulu memohon sumbangan orang ramai secara terbuka dengan alasan dia memerlukan bantuan kewangan bagi membayar hutang.
“Hi warga DS. Kat sini I seikhlas hati minta bantuan kewangan for my boyfriend and I punya hutang kat bank sebab ada masalah business.
“So me and him use credit card daily expenses for few months. Siapa sudi help us really appreciated. Boleh DM untuk details,” tulisnya yang turut menyertakan gambar tangkap layar aplikasi Maybank (Cards) yang berhutang sebanyak RM2,781.26.
Bagaimanapun, netizen mendakwa wanita itu cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan orang. Sedangkan hutang itu adalah tanggungjawabnya sendiri tanpa perlu menagih wang daripada orang ramai.
Malah, rata-rata netizen mengatakan bahawa mereka sepatutnya mengukur baju di badan sendiri dan tidak berlebihan menggunakan kad kredit.
Baca : Hanya kerana seekor kucing, seorang isteri hilang dua jari dan cedera di punggung