Lesap RM37,000, lelaki putih mata duit hataran digunakan bekas tunang untuk kahwini orang lain

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Lesap RM37,000, lelaki putih mata duit hataran digunakan bekas tunang untuk kahwini orang lain

Seorang lelaki terpaksa berputih mata apabila duit hantaran belanja kahwin yang diberikan kepada bekas tunangnya digunakan wanita itu untuk mengahwini lelaki lain.

Wanita di Indonesia tidak tahu malu menggunakan duit hantaran belanja kahwin yang diberikan bekas tunangnya untuk menanggung kos mengahwini lelaki lain.

Berdasarkan hantaran tular di platform Twitter, adik lelaki berkenaan dikenali sebagai Aulia berkongsi kisah tersebut.

“Kahwin pakai duit sendiri (tanda pangkah), kahwin pakai duit bekas tunang (tanda betul). Abang saya tidak jadi berkahwin tetapi duit untuk kenduri belum dikembalikan oleh pihak perempuan. Sebaliknya, ia digunakan untuk berkahwin dengan lelaki lain,” demikian menurut hantaran Aulia.

Aulia berkata, pada Disember 2022, keluarganya memindahkan wang sebanyak 120 juta rupiah (RM36,397) kepada pihak perempuan untuk majlis perkahwinan.

Namun, pada Januari lalu, keluarga pihak perempuan membantah jika anak mereka dibawa pergi dari Garut, wilayah Jawa Barat (selepas berkahwin) selain turut meminta sebuah kereta sebagai hantaran perkahwinan.

Tidak lama selepas itu, wanita berkenaan diketahui berlaku curang terhadap abang Aulia yang membawa kepada pembatalan majlis perkahwinan mereka.

Keluarga perempuan ketika itu memberitahu bahawa mereka akan memulangkan wang yang telah dibayar kepada vendor-vendor majlis.

Namun sebenarnya, semua tempahan masih belum dibatalkan sehinggalah keluarga Aulia mendapat tahu bahawa wang tersebut digunakan untuk majlis perkahwinannya dengan lelaki lain.

Ujar Aulia, ketika keluarganya meminta kembali wang tersebut, pelbagai penghinaan diberi kepada mereka selain turut menyalahkan keluarga lelaki atas perkara yang berlaku.

Hantaran tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Cuba buat laporan polis berhubung kes penipuan. Bukti dan saksi sudah ada. Mereka memang berniat menipu sejak awal. Jika mereka enggan memulangkan wang, bawa kes itu ke mahkamah biar mereka mendapat balasan setimpal,” kata seorang pengguna media sosial.

Baca : Suami ‘baru’anggap budak satu masalah, ibu kandung sanggup buang anak berumur 11 tahun

Leave a Comment