TerasMalaysia

Letak mesin gedegang air percuma depan rumah penghargaan kepada rider yang lalu

Letak mesin gedegang air percuma depan rumah penghargaan kepada rider yang lalu. Baru-baru ini, sebuah keluarga di Singapura telah menjadi perhatian ramai pengguna media sosial kerana mereka sekeluarga sepakat untuk meletakkan vending machine di luar rumah mereka.

Ia adalah sebagai usaha untuk memberi minuman percuma kepada penghantar makanan, pemandu trak angkut sampah dan posmen.

Memetik laporan CNA Lifestyle, Eric Chiam dan keluarganya memutuskan untuk memberi minuman percuma tersebut kepada delivery rider yang menghantar barang ke rumah mereka kerana mahu menghargai jasa mereka.

Difahamkan, sebelum idea vending machine di luar rumah itu timbul, Eric yang juga merupakan CEO sebuah syarikat penjagaan kesihatan mengatakan dia cuba untuk bertemu dengan penghantar makanan untuk memberi sendiri minuman percuma.

Namun, akibat kekangan masa, dia sering gagal untuk berjumpa dengan rider yang datang menghantar makanan.

Letak mesin gedegang air percuma depan rumah penghargaan kepada rider2 yang lalu

Pada mulanya, dia mahu meletakkan peti sejuk yang berisi minuman percuma itu di luar rumahnya namun kaedah itu sukar kerana susah untuk mereka letak penutup perlindungan.

Jadi, timbul idea untuk meletakkan mesin air layan diri atau juga dipanggil sebagai mesin gedegang di Malaysia di luar rumah mereka.

Dengan inilah lahirnya projek ‘tyvmdrinks’ (singkatan untuk Thank you very much drinks) oleh Eric dan keluarganya.

Dalam satu perkongsian oleh Eric menerusi akaun Linkedin, dia juga mengatakan projek berkenaan juga merapatkan lagi hubungannya dengan isteri dan anak-anak.

Ini kerana mereka sekeluarga akan bersama-sama mengisi semula mesin gedegang itu dengan tin-tin dan botol-botol minuman yang baru.

Rata-rata abang penghantar makanan yang mengambil minuman percuma itu juga telah menghantar mesej menerusi DM di Instagram kepada keluarga itu untuk mengucapkan terima kasih atas pemberian minuman percuma itu.

Lihat siaran ini di Instagram

Siaran dikongsi oleh TYVMdrinks (@tyvmdrinks)

BACA:

Sudah 6 tahun berkahwin, lelaki ini baru tahu yang isterinya…

”Mimpi ni muncul bila aku selalu bergaduh dengan suami, rasa macam tak nak bangun kalau mimpi tu datang, indah!”

Terkejut netizen bila tok bilal ulang alik masjid naik RXZ harga RM20000

Leave a Comment