LGBT Kami Juga Manusia Cuma Berbeza Naluri Pemuda Berharap Diterima Di Malaysia

LGBT ‘Kami Juga Manusia Cuma Berbeza Naluri’ – Pemuda Berharap Diterima Di Malaysia

Umum mengetahui bahawa golongan LGBT kini lebih lantang menyuarakan ideologi mereka dan adegan berkaitan LGBT juga boleh dilihat di dalam filem atau drama.

Terbaharu, sebuah video TikTok yang dikongsi kembali oleh pengguna Twitter telah tular dan menjadi perhatian orang ramai. Video itu memaparkan seorang individu yang memberikan komen tentang harapan dan impian golongan LGBT.

Menerusi video tersebut, individu itu mendakwa golongan LGBT dilayan kasar seperti bukan ‘saudara Islam’ dan mahu ‘bebas’ seperti orang lain agar dapat beri sumbangan kepada negara. Malah, individu terbabit juga mengatakan mahu mereka diterima masyarakat.

Susulan penularan video tersebut, rata-rata netizen mengeluarkan pendapat mereka dan tertanya-tanya apakah hak yang mereka mahu sebenarnya. Malah, segelintir netizen turut berpendapat bahawa mereka menerima sebagai individu tetapi tindakan LGBT itu tidak diterima.

Komen Netizen Berkenaan LGBT
Komen Netizen Berkenaan LGBT
Komen Netizen Berkenaan LGBT

Bukan itu sahaja, para netizen yang beragama Islam mengatakan bahawa LGBT ini haram dan jika mereka mahu kebebasan untuk menyebarkan ideologi mereka, pasti akan memberikan impak negatif kepada sistem secara menyeluruh seperti penggunaan tandas, hak jantina terutama wanita dan banyak lagi.

Read more

Seram Aksi Berani Mati, Lelaki Tenang Mandikan “King Cobra” Besar

Apa kata Ustaz Wadi Anuar berkenaan lGBT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *