Loya tekak tengok, pelanggan jumpa lipas cukup sifat dalam mi yang dimakan, dipercayai beli guna khidmat ‘delivery’. Seorang lelaki di Vietnam menemui seekor lipas di dalam semangkuk mi yang dipesannya melalui khidmat penghantaran makanan dari sebuah restoran tempatan, lapor laman berita Thaiger semalam.
Penemuan lipas itu menyebabkan orang ramai meluahkan kebimbangan mereka di media sosial mengenai keselamatan dan kebersihan makanan.
“Saya sedang menikmati makanan, tetapi sekarang saya rasa ingin muntah,” tulisnya pada hantaran itu.
Netizen berusaha mencari nama restoran tersebut untuk mengelak daripada mengalami kejadian serupa.
“Restoran itu menambah ‘topping’ percuma, berkilat dan berbadan lengkap,” komen seorang netizen.
“Sila beritahu orang ramai nama restoran itu. Kita perlu mengelak mengunjunginya,” komen netizen lain.