Luluh hati isteri dapat tahu suami kahwin senyap-senyap, 11 tahun berhampas pulas dan setia disisi

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Luluh hati isteri dapat tahu suami kahwin senyap-senyap, 11 tahun berhampas pulas dan setia disisi. Seorang isteri kepada YouTuber terkenal mengambil keputusan untuk bercerai selepas 11 tahun perkahwinan kerana dimadukan tanpa pengetahuannya.

Jatuh bangun bersama suami

Memetik laporan Tribun News, kisah Wiwin Supiyah iaitu bekas isteri YouTuber, motivator, penulis dan usahawan iaitu Dewa Eka Prayoga mendapat perhatian dan kritikan oleh warganet di Indonesia.

Kisah sedih dan luahan Wiwin dimuat naik semula menerusi ciapan seorang pengguna di Twitter.

Maaf saya berputus asa pada tahun ke-11 perkahwinan kita. Saya sudah cuba yang terbaik dan saya juga tahu perjalanan hidup kita bukan mudah.

Luluh hati isteri dapat tahu suami kahwin senyap-senyap, 11 tahun berhampas pulas dan setia disisi

Alhamdulillah, saya telah menemani awak hingga ke puncak, menjadi motivator, Youtuber, usahawan yang mempunyai lebih 15 perniagaan berbeza, saya bangga dapat menemani awak ke peringkat ini.

Dalam pada itu, dia turut mendedahkan ketika diawal perkahwinan suaminya pernah berhutang sebanyak RM 2,375 (7.7 juta Rupiah) dan turut diuji dengan masalah kesihatan.

Awak ingat..kita baru 18 hari kahwin awak ada hutang 7.7 juta Rupiah, walaupun kita belum berbulan madu lagi.

Kemudian Allah uji lagi dengan penyakit yang sangat serius sehingga doktor pun hampir sukar untuk menyembuhkan awak. Saya sentiasa cuba kuatkan awak dan setia di sisi awak.

Kehadiran orang ketiga

Walau bagaimanapun, kesetiaan dan pengorbanan Wiwin tetap tidak dapat dikalahkan dengan kehadiran orang ketiga di dalam perkahwinan mereka.

Tapi nampaknya kesetiaan saya untuk menemani awak dari titik terendah dalam hidup awak tidak menjamin kesetiaan awak. Semuanya tidak bermakna setelah ada orang baharu yang berusia 24 tahun.

Macam mana makhluk yang saya harapkan, yang saya percaya sebagai pelindung tiba-tiba berpoligami dengan perempuan lain tanpa izin dan pengetahuan saya?

Terdahulu, Wiwin mengumumkan perceraiannya bersama Dewa menerusi hantaran di Facebook (FB) pada 22 Jun lalu.

BACA:
Pekerja terkejut jumpa spender wanita masa kemas-kemas, minta individu tampil ‘tunjuk muka’
Pekerja sambilan diganggu entiti masa bersih tandas, siap toleh tunjuk muka masa kena intai
7 aplikasi yang sangat bahaya ada dalam telefon bimbit, automatik data terdedah kepada pihak yang tak bertanggungjawab

Leave a Comment