
“Macam Enjoy Je” – Aksi Seekor Sotong Kecil Berenang-Renang Dalam Rumah Buat Ramai Terhibur
Baru-baru ini, muncul sebuah video yang memaparkan seekor sotong yang selamba berenang di lantai rumah telah mencuit hati ramai.
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @skyeess0 di TikTok, kelihatan seekor anak sotong yang tidak tahu datang dari mana terlepas di lantai di biliknya yang sudah banjir.
Apa yang lebih menghiburkan adalah bukan hanya sotong. Malah, ada juga ikan-ikan kecil turut masuk ke dalam rumahnya itu.
“Dia on the way nak pergi sinki tu, nak jumpa Spongebob” – Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih banyak tontonan di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi berkenaan.
Baca : Gelagat Suami Isteri Redah Jambatan Tenggelam Ini Bikin Dekah