“Macam Ni Baru Nampak” – Pemandu Ini Tampal Sticker ‘P’ Dekat Luar Cermin Kereta Undang Tawa
Biasanyakan kalau kita memandu kat jalan raya mesti pernah terserempak dengan kenderaan yang ada pelekat P kat cermin kenderaan dia. Hal ini kerana, sticker ini adalah untuk menandakan bahawa pemandu itu baru sahaja lulus daripada ujian memandu. Sticker ini juga mempunyai dua jenis iaitu untuk motosikal dan kereta.
Namun, tular pula sebuah video apabila seorang individu merakam situasi ketika dia melihat sebuah kenderaan yang menampal sticker P di luar cermin kereta telah menarik perhatian ramai.
Apa yang menarik perhatiannya adalah apabila dia melihat sticker P kenderaan tersebut berada di luar cermin kereta.
Situasi itu membuatkan rata-rata netizen berpendapat disebabkan keretanya memakai tinted. Tetapi difahamkan, kereta itu tidak memakai tinted yang gelap.
Namun, ada juga yang sedar bahawa itu sebenarnya sticker P untuk motosikal dan bukanlah untuk kereta.
Rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Baca : “Macam Enjoy Je” – Aksi Seekor Sotong Kecil Berenang-Renang Dalam Rumah Buat Ramai Terhibur