
Mahu Lari Hutang, Wanita Pura-Pura Mati
Mahu mengelak daripada membayar hutang, seorang wanita di Medan, Indonesia sanggup berpura-pura mati.
Pada mulanya, wanita itu memuat naik satu kiriman di akaun Facebook anaknya yang menyatakan bahawa dia sudah meninggal dunia.
Malah, dia juga turut menyertakan beberapa gambar jenazah yang telah siap dikafankan.
Wanita tersebut memuat naik hantaran di Facebook dengan memaklumkan dirinya sudah meninggal dunia akibat kemalangan di jambatan dan ‘jenazahnya’ akan dikebumikan di Acheh.
Malah, dia turut memuat naik beberapa foto menunjukkan dirinya menjadi ‘jenazah’ yang dibalut dengan kain kafan.

Merdeka melaporkan, wanita tersebut disyaki berpura-pura mati untuk mengelak daripada membayar hutang daripada seseorang.
Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook mendakwa bahawa kenyataan itu tidak benar sama sekali.
Menurut si pemiutang, Maya Gunawan, dia sudah beberapa kali meminta wanita tersebut untuk membayar hutang, namun wanita terbabit mengatakan dia tidak mempunyai wang untuk melunaskannya.
Selepas tarikh pembayaran yang dijanji tiba, wanita terbabit minta agar tempoh pembayaran dipanjangkan sehingga 6 Disember lalu. Tidak lama selepas itu, dia memuat naik hantaran dengan menggunakan akaun anaknya dan mendakwa dirinya sudah meninggal dunia.
Walau bagaimanapun, anaknya, Najwa Almira Ginting kemudiannya tampil menjelaskan perkara sebenar bahawa ibunya masih hidup dan wanita terbabit bertindak sedemikian kerana tidak mahu membayar hutang. Malah, dia turut meminta pihak pemiutang untuk memaafkan perbuatan ibunya.
Buruh Durjana! Pegang Dada Kanak-Kanak Perempuan