Mahu sedekah makanan pada gelandangan Jepun, Elbit Lew muncul dalam video Bayashi di Instagram

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Mahu sedekah makanan pada gelandangan Jepun, Elbit Lew muncul dalam video Bayashi di Instagram. Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew mengejutkan ramai pihak setelah memuat naik video kolaborasi bersama selebriti Tik Tok terkenal dunia, Bayashi.

Menerusi video tersebut, Ustaz Ebit dan Bayashi dilihat sama-sama memasak menu popular Malaysia, nasi goreng.

Jelas Ustaz Ebit, mereka juga akan menyerahkan nasi goreng berkenaan buat para gelandangan di Tokyo, Jepun.

Paling mencuri tumpuan apabila Ustaz Ebit turut mengajar Bayashi perkataan Malayu iaitu ‘Sangat Sedap’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan tidak percaya selain turut berharap agar Ustaz Ebit dapat berkolaborasi dengan lebih ramai pempengaruh terkenal dunia selepas ini.

Mahu sedekah makanan pada gelandangan Jepun, Elbit Lew muncul dalam video  Bayashi di Tiktok

“Sulit untuk dipercayai tapi sudah di depan mata.

“Kolaborasi yang kita tak minta tapi kita perlukan.

“Lepas ni kolaborasi bersama Mr. Beast pula Ustaz.

“Kami rakyat Malaysia pun terkejut. Kolaborasi yang tak disangka-sangka. Collab of the year.

“Selalu tengok Bayashi ni. Tak sangka pula collab dengan Ustaz pual,” antara komen-komen netizen.

Terdahulu, Bayashi merupakan pempengaruh asal Jepun yang terkenal dengan video-video masakan yang menyelerakan

Sehingga kini, Bayashi memiliki jumlah pengikut seramai 48 juta di aplikasi Tik Tok.

Malah, video bersama Ustaz Ebit ini juga telah meraih lebih 3.7 juta tontonan setakat ini.

BACA:
Pasangan kembar ini buat Permaisuri Agong keliru, ingat bagi ijazah dekat orang yang sama
Isteri tersedu baca perbualan suami dengan perempuan lain, ajak berkahwin dan mengaku diri ‘single’
Suhu paling panas bakal melanda bumi 5 tahun berturut-turut, manusia harus berwaspada

Leave a Comment