TerasMalaysia

MAIS Agihkan Bantuan Fidyah Sebanyak RM3.3 Juta Kepada Mereka Yang Memerlukan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan bantuan fidyah MAIS sebanyak RM3,378,700.00 kepada umat Islam yang memerlukan sejak bulan Januari hingga November 2022.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1,544,500.00 diagihkan kepada 14,333 penerima melalui sumbangan berupa kotak makanan asas mengandungi beras, susu, gula, tepung dan minyak masak manakala sebanyak RM1,834,200.00 adalah sumbangan tunai sebanyak RM100 ke RM300 kepada 6,598 orang penerima yang layak.

Sebagai organisasi Islam yang prihatin, MAIS telah membantu seramai 20,931 orang penerima dari kalangan fakir miskin atau miskin sementara yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh MAIS iaitu, pemohon mestilah mempunyai pendapatan seisi rumah kurang dari RM1,500 atau fakir miskin yang didaftarkan di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS), mereka yang dibuang kerja atau berhadapan dengan pengurangan gaji sehingga 50% dan golongan yang ditimpa musibah atau bencana.

Program agihan fidyah ini dilaksanakan oleh Unit Agihan Fidyah MAIS dengan kerjasama Rakan Strategik Fidyah MAIS (RSFM) yang terdiri dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK), masjid dan surau di daerah yang terlibat.

MAIS berharap sumbangan yang diterima sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban yang perlu ditanggung oleh setiap ketua keluarga dan meringankan kos perbelanjaan seharian.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran fidyah, bolehlah melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my. Bayaran boleh dibuat terus secara atas talian menerusi link http:fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Leave a Comment