Majlis Kahwin Paling Rare Pengantin Lelaki Duduk Dalam Kotak Sebelum Di Ijab Kabulkan

Majlis Kahwin Paling Rare! Pengantin Lelaki Duduk Dalam Kotak Sebelum Di Ijab Kabulkan

Merancang satu-satu majlis perkahwinan bukannya mudah. Ini adalah sebab majlis kahwin adalah satu majlis berskala besar yang melibatkan banyak pihak dan memerlukan kos perbelanjaan yang agak tinggi. Sebab itu perlunya ada perancangan rapi beberapa bulan sebelum tibanya majlis langsung.

Banyak perkara yang perlu ditimbangkan dalam merancang majlis kahwin antaranya kos perbelanjaan, kad kahwin, menu kenduri, pemilihan tema majlis, tempahan pakej perkahwinan dan jurusolek, sewaan busana pengantin, pakej pelamin dan barang perkahwinan serta bermacam-macam lagi.

Jadi tidak hairanlah jika ada yang meletakkan tema atau konsep tersendiri untuk hari bahagia mereka, seperti tema back to school, konsep mafia, konsep garden, konsep kartun, konsep princess dan banyak lagi.

Baru-baru ini, tular sebuah video dimana pasangan ini membuat konsep Cash Of Delivery (COD) mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang tular tersebut, memaparkan pengantin lelaki ‘dibungkus’ dalam kotak dengan kemas untuk dihantar ke rumah pengantin perempuan.

Rakan-rakannya yang memakai jaket dan helmet seperti seorang ‘rider’ penghantar batang membawa kotak berisi lelaki tersebut ke lokasi majlis akad nikah.

Tidak dinafikan, ramai tetamu yang terkejut melihat tema COD sekaligus terhibur dengan idea kreatif pengantin malah akui tema unik itu sebagai salah satu momen pernikahan yang tidak boleh dilupakan.

Bagaimanapun, majlis berjalan dengan lancar apabila pasangan pengantin selamat bergelar suami isteri. Sebaik sahaja pasangan mempelai selamat disatukan, mereka juga tidak ketinggalan untuk bergambar bersama rakan-rakan pengapit pengantin lelaki di majlis tersebut.

Sumber

Baca : ”Aku Nampak Orang Tua Je Atas Tu, Tak Sangka Taste Sepupu Aku Macam Tu, Rupa-Rupanya…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *