TerasMalaysia

Majlis keagamaan bertukar seram, 250 pelajar tiba-tiba menjerit dan meronta serentak, dakwa nampak lembaga hitam

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Majlis keagamaan bertukar seram, 250 pelajar tiba-tiba menjerit dan meronta serentak, dakwa nampak lembaga hitam.

Dipercayai mengalami histeria serentak, ratusan pelajar di sebuah sekolah tinggi ini terpaksa dikejarkan ke pusat perubatan terdekat untuk mendapatkan rawatan lanjut. Ia bermula ketika mereka berada dalam sebuah upacara keagamaan yang berlangsung pada 15 September, Jumaat pagi minggu lalu.

Pelajar diangkat masuk ke ambulans


Sebelum gangguan itu terjadi, saksi berkata terdapat pelajar yang mula berperangai pelik termasuklah menggigil lalu pengsan. Meskipun para guru cuba menenangkan keadaan, kepanikan tersebut mula merebak pula kepada pelajar-pelajar lain pula sehingga menjadi tidak terkawal.

Ada pelajar dakwa ternampak roh & lembaga hitam

Majlis keagamaan bertukar seram, 250 pelajar tiba-tiba menjerit dan meronta serentak, dakwa nampak lembaga hitam


Dalam beberapa video yang tular, suasana dewan terbuka itu cukup kecoh di mana ramai pelajar diletakkan atas kerusi plastik sambil cuba ditenangkan. Kebanyakannya nampak lemah dan sukar bernafas sehingga terpaksa dikipaskan. Menurut laporan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan San Jose (SJNHS) di Talibon, Bohol, Filipina ini turut mendakwa ada lembaga hitam cuba merasuki mereka selain badan mula terasa berat.

2 masih ditahan di pusat rawatan namun keadaan stabil


Secara keseluruhan, terdapat 250 pelajar terlibat dan majorotinya adalah perempuan. 135 terus dihantar ke pusat rawatan, namun hanya 2 orang sahaja yang ditahan. Manakala selebihnya pula dibenarkan pulang setelah pihak sekolah membatalkan sesi pembelajaran pada hari kejadian. Dr. Miguelito Jayoma menjelaskan situasi yang berlaku ini dinamakan sebagai Mass Hysteria di mana ia mudah terjadi kepada remaja yang alami masalah keresahan (anxiety).

BACA:
‘Owner’ gerai cendol buat perangai, selamba bagi mangkuk berlumut dekat pelanggan
Mayat kartel dadah ditimbuni senjata api ketika upacara pengebumian, penghormatan terakhir oleh rakan seperjuangan
Remaja 17 tahun terpaksa dibedah selepas wayar tersangkut dalam zakar, doktor terkejut lepas tahu punca sebenar

Leave a Comment