Majlis menjadi huru-hara bila lembu tuan rumah nak sondol pengantin yang berada atas pelamin

Majlis menjadi huru-hara bila lembu tuan rumah nak sondol pengantin yang berada atas pelamin. SEBUAH video yang memaparkan seekor lembu menyerbu pelamin dalam satu majlis perkahwinan viral di media sosial.

Insiden tersebut menyebabkan majlis kecoh dengan pengantin dan tetamu dilihat lari lintang pukang dalam video berdurasi 30 saat itu.

“Ketika itu upacara pernikahan sepupu saya pada Selasa (2 Mei).

Majlis menjadi huru hara bila lembu tuan rumah nak sondol pengantin yang berada atas pelamin

“Tidak lama selepas itu ia ditangani (diikat),” kata salah seorang ahli keluarga pengantin, Nasrullah, memetik Kompas.com.

Video tular itu menunjukkan sepasang pengantin dan sejumlah tetamu sedang berada di pelamin untuk bergambar ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung di Kampung Tongguh Barat, Sampang, Jawa Timur, Indonesia.

Tiba-tiba mereka dilihat berlari menyelamatkan diri bimbang disondol lembu yang terlepas dari talinya.

Bukan sahaja tetamu, pengantin turut berlari meninggalkan pelamin selepas melihat pelamin mereka diserang seekor lembu.

@kumparan Video viral beredar di TikTok memperlihatkan seekor sapi mendadak lepas dan mengamuk ke panggung pelaminan pengantin di Kampung Tonggoh Barat, Desa Pangongsean, Kecamatan Torjun, Sampang, Kamis (4/5/2023). Dalam video terlihat dua pengantin sedang berdiri saat acara resepsi. Namun acara mendadak gaduh setelah seekor sapi berlari ke area acara resepsi, sampai naik ke pelaminan pengantin. #newsupdate
#update #news #videonews #viral #sapilepas #sapimengamuk #pernikahan #beritaviral #info #infoterkini #berita #beritaterkini #tiktoknews #kumparan ♬ original sound – kumparan

Walaupun tiada mangsa terkorban, dekorasi pelamin dan beberapa peralatan untuk penggambaran majlis seperti lampu rosak dipijak lembu.

Nasrullah berkata tidak lama kemudian lembu itu berjaya ditangkap dan diikat sebelum dibawa ke tempat asalnya.

“Tak ada yang jadi mangsa cuma beberapa dekorasi rosak tapi masih boleh diperbaiki. Majlis juga kembali berjalan lancar,” katanya.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh Nasrullah, lembu besar berwarna coklat tersebut adalah milik keluarga pengantin perempuan.

Bagaimanapun dia tidak diketahui punca atau bagaimana haiwan itu boleh terlepas.

@ayd4n Viral sapi kabur ke pesta kawinan.. 😂🤣 #sapi
#qurban #kurban #pelaminan #fyp #viral #kocak #lucu #panik #nikah #pesta #nikahan ♬ suara asli – Ay Dan – Ay Dan Lankah Photography

BACA:

Papan tanda Family Mart di Cameron Highland lain dari yang lain, rupanya ini sebab kenapa tiada warna

”Macam mana dia nak makan?”, lelaki ini kunci kepala dalam sangkar semata-mata nak berhenti merokok

Wanita sempat rakam kelakuan ‘pervert’ lelaki ini dalam bas, siap ramas-ramas kusyen

Leave a Comment