TerasMalaysia

Majlis pengebumian bertukar tangan, imam meninggal dunia lepas tengok jenazah hidup semula

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Majlis pengebumian bertukar tangan, imam meninggal dunia lepas tengok jenazah hidup semula.

Seorang imam di Maghribi dilaporkan meninggal dunia akibat terkena serangan jantung selepas mendapati jenazah yang hendak dikebumikan tiba-tiba hidup semula, lapor Lifeinsaudiarabia.

Jenazah yang hidup semula itu dilaporkan telah disahkan meninggal dunia selepas jatuh ke atas tanah tidak sedarkan diri sewaktu solat Jumaat di masjid kampung tersebut.

Lelaki yang tidak sedarkan diri itu kemudiannya dihantar ke hospital di mana dia telah disahkan meninggal dunia.

Selain itu, pihak hospital juga telah mengeluarkan sijil kematian di atas nama lelaki yang tidak sedarkan diri tersebut.

Keluarga lelaki terbabit telah diberitahu berkenaan kematian mengejut itu dan mayatnya telah dibawa ke rumah mayat untuk persiapan pengebumian.

Imam bersetuju untuk mengetuai solat jenazah

Majlis pengebumian bertukar tangan, imam meninggal dunia lepas tengok jenazah hidup semula

Imam berkenaan tiba di rumah mayat itu untuk mengetuai solat jenazah dan persiapan sebelum mengebumikan jenazah.

Selepas jenazah siap sedia untuk dikebumikan, secara tiba-tiba jenazah itu telah bangun semula.

Insiden itu telah menakutkan orang ramai dan menyebabkan imam itu mengalami serangan jantung lalu meninggal dunia.

Orang ramai yang pada mulanya menghadiri pengebumian jenazah lelaki itu akhirnya telah bertukar kepada majlis pengebumian imam tersebut.

BACA:
Pelancong Israel buat gangguan awam dan curi barang dekat kedai serbaneka tempatan
Penyewa T20 buat perangai, tinggal ‘panty liner’ berkumpul celah katil buat housekeeper naik darah
Wanita hampir lesap RM971,580 ketika menggunakan pengangkutan awam, tertinggal ketika turun dari bas

Leave a Comment