Mak Cik Ini Bawa Kereta Drift Siap Pusing Corner Jadi Tumpuan Ramai
Drift kereta adalah satu sukan kereta ekstrim dimana pemandunya memandu sengaja melakukan oversteer dengan teknik tertentu. Malah, banyak pertandingan drift telah dianjurkan di dalam negara dan juga luar negara.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang ibu memandu kereta seperti anak muda telah mencuri tumpuan.
Menerusi video yang dimuat naik oleh salah seorang anaknya iaitu @danialipahh, kelihatan dua beranak sedang menunggu giliran untuk menyeberang ke jalan raya. Anaknya dilihat sedang menunggang motosikal, manakala ibunya pula memandu kereta berjenama Honda.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila ibunya itu dilihat memandu dan membuat pusingan di jalan raya.
Disebabkan enjin kereta itu menggunakan VTEC, kedengaran suara kereta itu kuat seolah-olah seperti orang tengah drift. Pusingan yang dibuat juga sangat sempurna sehingga menampakkan ibunya itu seorang pemandu yang handal.
Anaknya siap menegur ibunya sebelum itu. “Mak, jangan bawa laju-laju, bahaya!”, katanya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan cara makcik tersebut membawa kereta malah sempat berseloroh mengatakan ramai dari kalangan ibu yang cukup takut jika bawa kereta dengan laju.
Baca : Murid Ini Dibelasah Secara Berkumpulan. Netizen Mohon Kementerian Pendidikan Ambil Tindakan