TerasMalaysia

Malaysia Bakal Dikepung 30 Negara Melalui Air Dan Udara Pada Bulan Mei Ini

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Malaysia Bakal Dikepung 30 Negara Melalui Air Dan Udara Pada Bulan Mei Ini. Sebanyak 30 buah negara dijangka akan menyertai Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2023 (LIMA) yang bakal diadakan pada 23 hingga 27 Mei ini di Langkawi. Kali terakhir diadakan pada 2019, acara ini bakal menerima kunjungan lebih 600 pempamer sekaligus menjadikannya sebagai acara LIMA terbesar sejak kali pertama diadakan pada 1991.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, sebanyak 360 daripada 600 pempamer terlibat merupakan daripada industri pertahanan manakala sejumlah RM7 hingga RM8 billion kontrak perolehan serta kerjasama industri pertahanan dijangka dapat diperoleh hasil pameran kali ini.

“Kita jangkakan lebih banyak lagi perjanjian-perjanjian persefahaman yang akan dimeterai antara negara dan syarikat,” ujarnya semasa sidang media perasmian LIMA 2023 pada Isnin lalu.

Tambahnya, selepas empat tahun LIMA tidak dapat dilaksanakan, negara-negara di rantau Asia Pasifik kini sedang meneliti dan menilai perancangan membeli aset masing-masing.

Sebagai tempat pertukaran pandangan dan jalinan kerjasama teknologi antara pemain industri pertahanan, LIMA 2023 membawa tema Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia (The Nexus of Asia’s Maritime and Aerospace Trade).

Malaysia Bakal Dikepung 30 Negara Melalui Air Dan Udara Pada Bulan Mei Ini

Sebanyak 20 pavilion negara bakal didirikan pada acara kali ini antaranya daripada China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Arab Saudi, Korea Selatan, Turkiye, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

“Dalam dunia yang kian berubah, ancaman kepada negara, kawasan dan keselamatan global menjadi lebih kompleks. Tiada negara yang dapat menghadapi semua cabaran ini sendirian,” ujarnya.

Seramai lebih 400 pengunjung kenamaan termasuk Menteri Pertahanan, Menteri Pengangkutan, Pegawai Kerajaan dan ketua perkhidmatan tentera dari 59 buah negara dijangka hadir dalam pameran berkenaan.

Sebanyak 110 buah kapal terbang dan 110 kapal maritim yang terdiri daripada aset ketenteraan dan komersial dijangka bakal ditayangkan sepanjang LIMA 2023.

Anggaran 45,000 pengunjung dari luar negara dan 238,000 pelawat tempatan bakal menghadiri acara terbesar tersebut.

Majlis pelancaran LIMA 2023 turut disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook dan Pengerusi Alpine Integrated Solution, Tan Sri Mohd Khairul Adib di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Isnin.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, ikuti Facebook rasmi LIMA 2023 atau klik laman web di sini.

Imbas kembali, LIMA telah mengetengahkan keupayaan 105 aset aeroangkasa dan 104 maritim pada penganjuran 2019 yang lalu.

Mari kita saksikan kehebatan juruterbang jet pejuang negara kita mengendalikan pesawat tersebut pada acara lalu.

Ni pulak video juruterbang TUDM beraksi masa terbangkan jet pejuang Sukhoi Su-30MKM 12 di Singapore Airshow 2018 yang lepas. Berdebar min tengok pilot buat Cobra Manuever dan pusing-pusing lagi pesawat tu. Memang hebat skil pilot TUDM kita. Bukan calang-calang orang boleh tahan tekanan G-force yang tinggi sambil kendalikan jet pejuang yang laju, siap buat formasi yang susah lagi.

BACA:

Cantiknya Lukisan Adik Ni. Tapi Tempat Yang Dia Lukis Tu…

5 Jenis Makanan Ini Perlu Dielakkan Masak Guna Air Fryer

Mak Cik Ini Bawa Kereta Drift Siap Pusing Corner Jadi Tumpuan Ramai

Leave a Comment