Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip, cuaca sejuk di Malaysia dijangka berterusan hingga Februari 2023.

Suhu cuaca nyaman itu dijangka di antara 22°C ~ 30°C disebabkan oleh perubahan angin sejuk dari tanah besar China.

“Jadi apabila awan hujan banyak, dari segi pancaran matahari agak terlindung yang menyebabkan suhu akan lebih rendah berbanding tempoh masa yang lain,” ujarnya.

Selain itu, Pakar Meteorologi Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah, juga menjelaskan angin dari China memasuki Malaysia bermula awal November dan ia menyebabkan suhu serendah 22°C.

“Perubahan angin monsun ini memang akan memberi kesan kepada suhu dan situasi ini akan turut dipengaruhi oleh geografi atau kedudukan sesebuah kawasan, sekiranya berada di tanah tinggi seperti Genting Highlands suhunya lagi sejuk,” jelasnya.

Kesan peralihan angin MTL (Monsun Timur Laut) datang dari arah utara menyebabkan rakyat Malaysia merasai cuaca dingin.

“Musim MTL ini memberi kesan kepada jumlah cahaya matahari yang diterima di Malaysia yang berkurang selain mendung dan hujan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *