TerasMalaysia

Malaysia pernah digemparkan dengan 4 kisah hantu yang seram berlaku dulu, nombor 3 ramai ‘relate’

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Malaysia pernah digemparkan dengan 4 kisah hantu yang seram berlaku dulu, nombor 3 ramai ‘relate’

Kisah-kisah legenda seram atau hantu kebiasaannya berasal daripada kisah benar yang berlaku lama dahulu ataupun cerita asal yang ditokok-tambah serta kisah-kisah rekaan yang hanya mahu menakutkan orang ramai.

Tak kisahlah sama ada ia kisah benar atau tidak, kisah-kisah legenda ini dengan mudah dapat membuatkan anda berasa seram sejuk dan takut untuk ke tandas!

So, jom kita tengok balik antara kisah-kisah hantu seram yang popular dekat Malaysia ni.

1. Penumpang teksi misteri

Sebelum kehadiran e-hailing, banyak pemandu teksi yang ada pengalaman seram ni. Lebih-lebih lagi kalau bekerja syif malam macam pemandu ni…

Waktu telah menghampiri tengah malam ketika dia memandu di tengah kota raya yang sunyi. Tiba-tiba dia ternampak seorang perempuan muda cantik berambut hitam panjang memakai baju berwarna putih sedang berdiri di tepi simpang lampu isyarat.

Lelaki ini hentikan teksinya untuk bertanya sekiranya perempuan tersebut mahu tumpang. Perempuan tersebut kemudiannya menoleh dan merenung mata lelaki tersebut sebelum masuk ke dalam teksi tanpa berkata apa-apa.

Apabila perempuan ini masuk sahaja dalam kereta, bau wangi mula merebak sehingga menyakitkan hidung pemandu ini. Bila ditanya destinasi, perempuan ini hanya menghulurkan sekeping kertas yang ditulis nombor dan nama jalan.

Kerana kurang mengenali lokasi yang diberikan, pemandu teksi tersebut telah meminta supaya penumpangnya itu tunjukkan jalan. Namun perempuan tersebut masih tidak menyebut sepatah perkataan dan hanya mengangguk sebagai tanda pemandu ini telah masuk ke dalam tempat tersebut.

Akhirnya mereka tiba di satu jalan yang terletak agak jauh dari pusat bandar. Jalan tersebut agak sempit dan gelap, hanya boleh memuatkan satu kereta. Bukan itu sahaja, jalan di sana juga sangat gelap hingga sukar untuk melihat bila hanya berpandu kepada lampu kereta sahaja.

Memandu perlahan, lelaki ini cuba melihat kiri kanan untuk melihat nombor rumah yang diberikan tersebut, tapi mengejutkan bila dia perhatikan betul-betul, tiada rumah yang ditemui sebaliknya hanya deretan kubur yang panjang.

Lelaki ini mula rasa seram sejuk, bulu tengkuk juga tegak merinding. Tak berani melihat ke arah cermin belakang, lelaki ini bertanya jika ianya tempat yang betul. Namun, tiada jawapan dari kerusi belakang. Perlahan-lahan, lelaki ini memandu mengharapkan ada rumah di hadapan.

Tak lama kemudian, lelaki ini merasa sentuhan di bahunya. Tanpa berani menoleh, pemandu ini hanya berhentikan keretanya dan merasa tangan perempuan tersebut memberikan dia wang.

Ekoran terlalu takut, pemandu ini terus meletakkan duit tersebut di tepi pintu tanpa mengiranya. Sejurus dia mendengar pintu belakang terbuka dan tertutup, lelaki ini terus memecut laju pulang ke rumah tanpa menoleh ke belakang.

Keesokan harinya, lelaki ini memberanikan diri untuk pergi semula ke tempat semalam. Di kala waktu tengah memancar terik, memang jelas kawasan tersebut adalah tanah perkuburan cina yang besar. Dia cuba mencari nombor yang diberikan oleh gadis tersebut.

Ketika tiba di satu kubur, lelaki ini terkejut bila melihat perempuan di dalam gambar tersebut sama dengan penumpang misteri. Bila dia cuba melihat duit yang diterimanya semalam, ternyata ia adalah duit neraka Cina. Pemandu itu membuang duit tersebut dan berlalu pergi.

Rupanya, perempuan itu telah meninggal seminggu sebelum di dalam satu kemalangan dahsyat di simpang lampu isyarat tersebut. Ia merupakan kemalangan langgar lari dan orang yang melanggarnya tak pernah ditangkap.

2. Volkwagen kuning

Seumur hidup, mesti sekali korang pernah dengar cerita pasal Volkswagen kuning yang menghantui lebuhraya Karak kan? Bukan tu je, lebuhraya Karak sendiri dikatakan sebagai lebuhraya berhantu ekoran kemalangan tinggi yang berlaku di sana.

Antara cerita yang sering didengari adalah penampakan Volkswagen kuning. Dikatakan, jika terjumpa dengan Volkswagen kuning ni, korang kena berhati-hati kalau tak, memang boleh kemalangan.

Ada yang kata, Volkswagen kuning ini akan cuba menghalang jalan dan memandu dengan sangat perlahan sehingga memaksa korang untuk memotong. Bila korang dah potong, tiba-tiba korang pandang depan ada kereta yang sama juga sedang dipandu perlahan.

Lepastu, kalau korang cuba pandang dekat dalam kereta tu, korang akan nampak tak ada pemandu yang memandu kereta kuning tersebut. Jadi biasanya, orang akan beri amaran supaya jangan potong kereta tu bila ternampak, kalau tak nak dia asyik muncul depan korang. Habistu nak buat apa?!

3. Orang Minyak

Cerita Orang Minyak ni memang dah didengar sejak berkurun yang lalu. Kalau korang tengok filem P. Ramlee, versi ini menunjukkan tentang seorang lelaki bongkok telah dibawa ke alam bunian.

Dia telah meminta untuk menjadi cantik namun terdapat pantang larang. Sumpahan tersebut telah dilanggar dan dia telah menjadi halimunan dan membuat perjanjian dengan syaitan. Dia telah diminta untuk menjadi orang minyak dan merogol seramai 21 gadis dalam masa tujuh hari.

Untuk pengetahuan korang, pada tahun 60-an, penampakan Orang Minyak telah dilaporkan di beberapa bandar di Malaysia. Ia digambarkan sebagai manusia yang mempunyai niat tak baik terhadap anak dara. Lelaki ini dikatakan akan mengintai mangsanya dalam keadaan bogel dan badan berlumuran minyak supaya sukar ditangkap.

Di era moden, penampakan Orang Minyak ini masih disebut-sebut bila pada tahun 2005, ada laporan mengatakan Orang Minyak memegang pisau telah berkeliaran di Hospital Kuala Lumpur dan cuba untuk merogol jururawat di sana.

Manakala pada tahun 2012, penduduk Gombak, Selangor mendakwa ternampak dan terdengar Orang Minyak di sekitar kawasan mereka.

4. Panggilan seram untuk dj radio

Baru-baru ini, kecoh apabila salah satu saluran radio terkenal telah menerima panggilan misteri dari seorang wanita yang dikatakan telah meninggal dunia kerana kemalangan.

Untuk pengetahuan korang, ini bukanlah satu benda yang baru. Pada tahun 90-an, dj rancangan radio tengah malam sering memberi peluang kepada pendengar untuk kongsikan kisah seram mereka.

Pada satu hari, seorang dj telah menerima panggilan dari seorang pendengar. Menurut lelaki itu, dia sedang memandu di satu lebuhraya pada suatu malam bersama ibu bapa, isteri dan bayi. Kesemua mereka telah tidur dan kerana sunyi, dia sendiri turut rasa mengantuk.

Secara tiba-tiba, lelaki ini ternampak lori besar dengan satu lampu datang dari arah bertentangan melepasinya. Belum sempat hilang terkejut dengan lori yang tiba-tiba muncul lawan arus itu, tiba-tiba lori yang sama muncul lagi di hadapannya!

Lelaki ini hanya mampu melihat lori tersebut meluncur laju melepasi keretanya sekali lagi dan tak lama kemudian dia melihat lampu terang sekali lagi di hadapannya.

Perkara ini berlaku beberapa kali sehingga lori tersebut berhenti muncul di hadapannya. Tiba-tiba pandangan lelaki ini terganggu dengan cahaya terang dari lampu belakangnya. Pemanggil ini berkata, dia mula takut bila lori yang sama ini kini sedang mengejarnya dari belakang.

Lelaki ini cuba untuk memecut dan cuba untuk berada jauh dari lori tersebut, sejauh mungkin. Apabila dia memandu di puncak bukit, dia terlihat satu lampu terang sedang memecut ke arahnya membuatkan dia mengelak dengan laju sehingga gagal mengawal kenderaannya dan melanggar penghadang jalan sebelum masuk ke dalam gaung yang dalam.

Menurut pemanggil ini, dia sangat sedih dan tertekan kerana kemalangan ini telah meragut nyawa ibu bapa, isteri dan anaknya. Dalam nada yang sedih, lelaki ini turut berkata dia juga turut meninggal di tempat kejadian sebelum panggilan tersebut putus tiba-tiba.

Dj yang menjawab panggilan tersebut pada awalnya menyangka bahawa ia hanyalah prank yang dibuat oleh orang dan hanya gelak dan teruskan programnya itu. Bagaimanapun, keesokan harinya terdapat berita di dalam surat khabar tentang kemalangan yang berlaku di lebuhraya, sama seperti yang diceritakan oleh pemanggil semalam.

Terkejut, dj tersebut telah pergi ke pejabat untuk dengar semula rakaman panggilan misteri itu, namun tak ada suara kedengaran.

Sumber

Baca : Sepasang suami isteri hadiahkan anaknya yang berumur 5 tahun hadiah bernilai RM1.7juta sebuah

Leave a Comment