TerasMalaysia

Malu-malu kucing ‘brother’ ni lepas kamera siaran langsung solat jumaat hala dekat muka dia

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Malu-malu kucing ‘brother’ ni lepas kamera siaran langsung solat jumaat hala dekat muka dia

Bagi kaum Hawa yang tidak berpeluang ke masjid, mereka boleh mengikuti bacaan khutbah serta menonton siaran langsung solat Jumaat menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pada Jumaat, para penonton turut disajikan dengan tindakan spontan seorang lelaki yang tergelak kecil ketika sedang menunaikan solat di sebuah masjid.

Menerusi siaran langsung itu, lelaki berkenaan dipercayai sedang menunaikan solat sunat sebelum dia menyedari dirinya bersama jemaah lain sedang dirakam oleh kamera RTM.

Dia yang tersenyum malu kemudiannya dilihat mengalihkan pandangan mata sebelum menekup mulutnya dengan tangan untuk menahan ketawa.

“Malu-malu pula abang ni,” tulis Noramira Che Din yang memuat naik rakaman itu ke aplikasi TikTok.

Menurut Noramira, dia tidak berniat membuka aib, sebaliknya berkongsi video kerana terhibur dengan gelagat pemuda itu yang dirasakan comel.

Malah, rata-rata netizen turut meluahkan rasa terhibur dengan aksi spontan pemuda tersebut.

“Senyum itu sedekah. Satu Malaysia dia sedekahkan” – Netizen

Di ruangan komen, beberapa individu turut mempersoalkan sekiranya sah atau tidak solat pemuda berkenaan selepas dia dilihat ketawa dalam rakaman itu.

Untuk rekod, pendakwah Ustaz Azhar Idrus pernah berkongsi mengenai topik ‘ketawa ketika solat’ menerusi posting di Facebook.

“Ketawa di dalam solat jika banyak membatalkan solat dan jika sedikit dan bukan sengaja maka dimaaf. Ada pun senyum maka tidaklah membatalkan solat sekalipun lama ia tersenyum. Wallahua’lam,” tulisnya di Facebook.

Sumber

Baca : Luluh hati isteri periksa poket suami jumpa kondom, ada yang dah terbuka dipakai

Leave a Comment