Mark Adam ditipu hidup-hidup, terpaksa jalan kerja pembinaan rumah dengan sendiri

Mark Adam ditipu hidup-hidup, terpaksa jalan kerja pembinaan rumah dengan sendiri

Impian penyanyi, Mark Adam membina sebuah kediaman buat ibu bapa mentuanya seakan terkubur apabila kontraktor yang diupah melarikan diri.

Lebih malang, Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah, 44, sudah pun membuat bayaran penuh kepada kontraktor namun kerja-kerja pembinaan kediaman tersebut terbengkalai.

Kata Mark, pihak kontraktor ada memintanya membuat pembayaran tambahan hampir RM80,000 bagi menyiapkan rumah tersebut.

@reginaandrea11

Kesian mark adam… Kontraktor pun 1 makan duit senang2 macam tu. Nak buat rumah atas tanah sendiri pun fikir banyak kali…eh2 lagi mahal dari rumah siap. Harey

♬ original sound – π‘πžπ π² – π‘πžπ π²

Difahamkan, Mark Adam meluahkan rasa kecewa kerana bayaran penuh sudah pun dibuat kepada kontraktor tetapi akhirnya dia melarikan diri begitu sahaja.

β€œYa, kecewa masih ada. Apa yang saya boleh kongsi, hidup ini kita tidak tahu macam mana jalan dia,” katanya.

Dikatakan, dia berhasrat ingin membawa ayah dan mak mertua masuk ke rumah yang sedang dibina itu menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti namun apakan daya semua ini sudah pun terjadi.

β€œBanyak lagi yang belum siap sebenarnya, rumah itu. Niat untuk rumah tu, nak bawa mak dan ayah balik dekat rumah diorang. Saya rasa tidak kesampaian untuk raya kali ini.

Saya ada bercakap dengan isteri, kita kena perlahan-lahan cakap dekat mak dan ayah. Bagi diorang faham situasi.

β€œKalau boleh, kita tak nak mereka tahu apa yang berlaku. Tapi mereka pun ada tengok berita dekat media sosial, kalau boleh nak elak cakap perkara negatif sebab mereka sudah pun berusia,” luah Mark.

Baru-baru ini pula, Mark Adam meluahkan kenyataan bahawa dia akan mengambil alih kerja membina kediaman ibu mertuanya itu.

Mark Adam menyatakan bahawa dia bersama rakan dan juga abang iparnya akan menyambung kerja-kerja yang terbengkalai untuk menyiapkan kediaman itu.

β€œStatus sekarang rumah itu saya kena teruskan menyambung projek tersebut dengan hasil tangan sendiri, buat sendiri dengan rakan-rakan serta dibantu bersama abang ipar.

β€œWalaupun mereka tolong pastinya akan ada bayaran untuk itu, sejujurnya saya terpaksa menanggung kerugian sebelum ini tetapi saya anggap ini sebagai satu ujian.

β€œSaya sedih sebab impian untuk hadiahkan rumah kepada ibu dan ayah mertua tidak kesempaian, tapi tak apa saya anggap ini satu pembelajaran buat saya,” jelasnya.

Sumber

Baca : Kisah romantik bertukar kisah kelakar bila pakcik ni…

Leave a Comment