TerasMalaysia

Masya Masyitah akhirnya jadi diri sendiri, ‘up’ foto tanpa tudung di Instagram

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Masya Masyitah akhirnya jadi diri sendiri, ‘up’ foto tanpa tudung di Instagram. Sebelum ini, penyanyi Masya Masyitah pernah mencetuskan kontroversi gara-gara berpakaian yang dianggap tak ‘kena’ dengan imej bertudung.

Ini susulan foto penyanyi berusia 23 tahun tersebut mengenakan pakaian hitam dengan skirt pendek, but tinggi dan legging jarang.

Terbaru, penyanyi itu sekali lagi menjadi bualan ramai selepas memuat naik beberapa keping foto tidak berhijab di media sosialnya.

Masya Masyitah akhirnya jadi diri sendiri, 'up' foto tanpa tudung di Instagram

Dalam satu hantaran Instagram, Masya dilihat bergambar di hadapan sebuah kereta dengan persalinan serba merah jambu.

Your mind has to be stronger than your feelings.

Malah, rambutnya juga diwarnakan merah jambu membuatkan netizen terkejut. Foto profil Instagramnya juga menunjukkan dirinya tak berhijab.

Di ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa sedih dengan perubahan penyanyi ini. Mereka mengkritik tindakan Masya yang dikatakan terlalu mengikut hawa nafsu.

BACA:
‘Datuk’ ditahan SPRM, Wang RM38 juta dan 200kg emas hasil penyeludupan barang haram dirampas
Wanita terkejut terakam lembaga hitam depan katil buat ramai meremang
lelaki dedah layanan ‘pilih bulu’ pihak bank, dihalau pulang kerana pakai baju koyak

Leave a Comment