TerasMalaysia

Mat rempit nyaris dilenyek lori lepas buat aksi superman atas motor

Mat rempit nyaris dilenyek lori lepas buat aksi superman atas motor

Apa yang dilakukan oleh kumpulan remaja ini bukan hanya menyusahkan diri mereka sendiri malah turut membabitkan keselamatan dan perasaan orang ramai.

Baru-baru ini, tular satu rakaman yang sempat diambil oleh dashcam seorang pengguna lebuh raya, Ashraff Acap di Facebook memaparkan mat rempit berlanggar sesama sendiri ketika berlumba.

Menerusi video yang dikongsikan, dua orang mat rempit sedang asyik kejar mengejar antara satu sama lain di atas jalan raya pada waktu malam.

Tak lama kemudian, mat rempit yang mengejar dari belakang sambil melakukan gaya Superman hilang keseimbangan lalu merempuh rakannya sehingga dirinya sendiri terseret ke jalan.

Lebih teruk, mat rempit berkenaan hampir menemukan ajalnya apabila lori besar berada betul-betul di belakangnya. Mujur pemandu lori sempat menekan brek.

Bagaimanapun, pemandu lori kemudiannya dilihat membunyikan hon panjang tanda meminta agar mat rempit itu dialihkan supaya tidak menyusahkan perjalanan pengguna lebuh raya yang lain.

Selepas itu, dilihat beberapa orang lelaki turun dari motosikal masing-masing membantu mat rempit yang sudah tidak sedarkan diri berkenaan.

Susulan kejadian, netizen yang menonton video tular berkenaan bengang dek budaya merempit yang tak sudah-sudah.

Sudahlah tidak berfaedah, menyusahkan orang pula. Mujur si mat rempit tidak dilenyek.

Sumber

Baca : Selamba lelaki tuang yogurt atas kepala wanita ini sebab tak pakai tudung

Leave a Comment