
Mat saleh buat perangai masa ambil pengangkutan awam, ada yang kena ludah dengan mereka
Malaysia dipilih sebagai destinasi percutian oleh pelancong asing dan tidak dapat dinafikan ia sedikit sebanyak membantu merancakkan ekonomi pelancongan kita.
Namun, baru-baru ini tular seorang pemuda berkongsi satu insiden dimana seorang Mat Salleh bertindak memotong barisan ketika menunggu teksi malah diludah olehnya.
Menerusi perkongsian hantaran @brdthrnry di Twitter itu, ketika dia sedang beratur menunggu teksi secara tiba-tiba datang seorang lelaki memotong barisannya.
āBaru sahaja mengalami kejadian yang tidak menyenangkan hari ini. Saya betul-betul beratur untuk menaiki teksi dan datang pula seorang mat saleh yang kebetulan memotong barisan.
Namun tanpa disangka-sangka, lelaki warga asing itu kemudian bertindak agresif.
Apabila teksi tiba, saya cepat-cepat masuk dan menepisnya untuk beratur tetapi yang mengejutkan saya, dia meludah saya,ā luahnya.
Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di tempat menunggu bas Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang Park, Kuala Lumpur.
Selain foto, pemuda itu turut memuat naik video pendek yang dipercayai dirakam daripada dalam teksi, menunjukkan lelaki warga asing itu berdiri di tepi jalan.

Selepas tular ciapan berkenaan, ramai netizen yang berkongsi situasi yang hampir sama ketika menggunakan perkhidmatan awam.