TerasMalaysia

Mata bayi berusia 6 bulan berubah jadi warna biru selepas alami demam dan batuk selama satu hari

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Mata bayi berusia 6 bulan berubah jadi warna biru selepas alami demam dan batuk selama satu hari.

SEJURUS selepas menjalani rawatan Covid-19, warna mata seorang bayi lelaki berusia enam bulan bertukar kepada biru.

Difahamkan, dia pada awalnya memiliki mata berwarna coklat.

Berdasarkan laporan, bayi yang berasal dari Thailand itu mengalami demam dan batuk selama satu hari.

Dia kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan mendapatkan rawatan sebelum disahkan positif Covid-19.

Bagi mengurangkan gejala yang dialami, dia diberikan ubat favipiravir selama tiga hari berturut-turut.

Mata bayi berusia 6 bulan berubah jadi warna biru selepas alami demam dan batuk selama satu hari

Namun selepas 18 jam rawatan diterima, ibunya mendapati terdapat perubahan mata pada bayi daripada warna coklat tua kepada biru cerah.

Susulan daripada itu, doktor menghentikan pemberian ubat berkenaan.

Selepas lima hari dihentikan, warna matanya kembali normal.

Sebagai rekod, favipiravir merupakan antivirus yang telah dipersetujui Kementerian Kesihatan Thailand pada 2022 sebagai ubat untuk merawat Covid-19 kepada kanak-kanak.

BACA:
Binaan paling ikonik dan paling bersejarah dalam sejarah dikhianati, dua pekerja kantoi robohkan Tembok Besar Cina guna jengkaut
“Sejak 1990, kes dan kematian kanser pada umur bawah 50 tahun telah meningkat dengan ketara di seluruh dunia,” – Kajian
“Awak rasa fashion ini boleh bawa nilai positif ke?” – Lelaki dihalau pihak berkuasa kerana berpakaian seperti perempuan

Leave a Comment