Maut! Bergaduh Ketika Mabuk

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Maut! Bergaduh Ketika Mabuk

Seorang lelaki warga tempatan berusia 50-an ditemukan maut selepas dipercayai bergaduh dengan seorang lelaki lain ketika kedua-duanya mabuk di Jalan Sungai Segget, Johor Bahru, semalam.

Dalam kejadian 9.40 malam itu, lelaki warga tempatan terbabit ditemukan parah di atas jalan raya dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, orang awam berjaya membantu menahan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang dipercayai bergaduh dengan mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Katanya, semakan ke atas suspek mendapati dia mempunyai lima rekod jenayah lampau dan dua rekod dadah.

“Hasil siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran mulut antara suspek dan mangsa ketika kedua-duanya dalam keadaan mabuk

“Suspek dipercayai memukul mangsa di bahagian muka dan kepala menggunakan tangan dan kakinya.

“Akibat pergaduhan itu, mangsa parah di bahagian muka dan kepala,” katanya.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada masa sama, Raub mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang awam yang bertindak pantas dalam membantu menahan suspek sehingga kes itu dapat diselesaikan dalam masa kurang 24 jam.

Penyanyi Ini Sengaja Menjangkitkan Dirinya Dengan Virus Untuk Persediaan Malam Konsert Tahun Baru

Leave a Comment