Mayat Kanak-Kanak OKU Ditemui Dalam Semak Dibunuh Kekasih Ibu

Mayat Kanak-Kanak OKU Ditemui Dalam Semak Dibunuh Kekasih Ibu. Kejadiaan yang berlaku di Kampung Kranji sememangnya menyayat hati apabila seorang mayat kanak-kanak lelaki istimewa dijumpai di kawasan semak.

Difahamkan, kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) itu telah maut setelah dipukul teruk oleh seorang individu lelaki.

Kejadiaan dipercayai berlaku kira-kira lima hari sebelum ibu mangsa menghubungi pihak polis untuk memaklumkan tentang kehilangan anaknya pada 21 Disember lalu.

Suspek lelaki berusia 35 tahun memberitahu telah memukul anak bongsu teman wanitanya sehingga maut sebelum membuang mayatnya di kawasan semak.

Setelah memberitahu hal terbabit, pihak polis dipandu suspek untuk dibawa kekawasan dia membuang mayat dan selepas menjumpainya, ibu mangsa mengesahkan identiti anak istimewanya berdasarkan pakaian serta anak patung yang dipegang mangsa.

Mayat Kanak Kanak OKU Ditemui Dalam Semak Dibunuh Kekasih Ibu

Menurut Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Poge Nyaon berkata, anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak yang menjalankan siasatan, ibu mangsa turut ditahan untuk siasatan lanjut

Manakala mayat kanak-kanak OKU itu dibawah ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dibedah siasat dan kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BACA:

Terbongkar Akhirnya. Syamsul Yusof Mengaku Dah Bernikah Dengan Ira Kazar Di Thailand.

ASB Buka Rahsia Tentang Dividen Setiap Tahun Yang Buat Orang Ramai Terkejut

Ingat Boleh Lari? Wanita Ini Berjaya Tuntut Nafkah Tertunggak Bernilai RM70K

Leave a Comment